Salam maaf sudah lama tidak update blog nie. Ini kerana aku berada di kampung sepanjang tempoh ini. Pepaham je la, internet xde.
Nie aku nak share sikit cite mengenai........ Adik aku yang bernama Shafiq nie. Bagi mereka yang betul2 mengikuti cerita adik aku di Trial SPM adik aku dan Doakan adik Ku30hb disember die baru je berumur 17 tahun (ala mude nye lagi). Untuk menyambut buzday die aku masak western khas untuk die (tertibe aku nie rajin masak pulak - dah lame xmask) alhamdulillah licin la pulak..
Hadiah berharga untuk buzday die tahun nie, die menerima tawaran buat sarjana muda (ijazah) kat UTP.. mgu depan masuk. Memang rezeki die la. Thank kepada rakan2 yang sudi mendoakan kejayaan beliau.
So minggu nie aku bawak die lepak KL.. Pe pun sorry la capiq.. tahun baru nie sambut kat rumah je..abg ko nie bukan kaki lepak kat leluar tue.
erm..alahai
Onwer Blog ini Telah berpindah ke
www.broframestone.com
Harap Maklum
(Blog BeliBuy masih aktif, sudi2kan menjadi follower blog ini untuk mendapat update terbaru)
[+/-] |
Happy Buzday Shafiq |
[+/-] |
Comey Sangat Ke Dorang Nie |
Entry khas buat rakan2 blog yang sudi memuji kecomelan si Luqman dan si Sara di entry sebelum ini. Comelkan dorang ek. Semalam dalam masa aku on da way balik Ipoh, aku sempat bercakap dengan Luqman (Peh dah pandai bercakap rupenye die nie) Sara pulak tengah demam (demam nak bercakap la tue)Picture ini Luqman Hakim yang tangkap. Umur baru 2tahun lebih sudah berjinak2 dengan kamera ek. Hope bakal Nikon D60 aku tidak menjadi mangsa dia ek. Mahal tue...!!
Untuk pengetahuan semua, Sara tidak suka bergambar tidak seperti Luqman yang pantang nampak kamera. Tetapi si Sara nie pandai bergaya bila abgnya Luqman yang mengambil gambar die. Ish budak nie
Update untuk korang:-
+ Aku berada di Ipoh sampai bile, aku pun xtau (lepas nie ke Tg Malim)
+ Maaf buat rakan2 aku yg kerna tidak dapat menghadiri perkhwinan korang sepanjang cuti nie..
+ Ade banyak entry yang aku berhutang dengan rakan2 blog yang len. Bagi aku wat satu2
+ Meh la join forum yang aku wat sendiri kat Forum Rasmi BeliBuy
+ Doakan adik aku dapat masuk UTP january nie
[+/-] |
Bersama Keluarga |
Gambar ini aku jumpa time tengah belek2 fail gambar dalam komputer aku. Tertibe aku bertanya, apa mereka tengah wat sekarang ek.
Eh... !!! xde pe2 pun... sekadar untuk tenangkan fikiran... Masih mencari tempat untuk praktikal
[+/-] |
Paintball & Framestone |
Maaf sebab lambat update mengenai kem paintball yang aku sertai minggu lepas. Gambar baru je dapat pagi tadi. Tapi malangnya tidak banyak gambar yang mampu aku kongsikan bersama anda semua (Mungkin banyak dalam kamera orang lain kot)
Dalam kem nie banyak benda yang perlu diperlajari dan mungkin boleh di apdatasikan dalam kehidupan seharian terutama bagi mereka yang berada dalam bidang pengurusan dan peneraju.
Alhamdulillah tidak sia2 aku join walaupun masih keletihan dengan kurangnya masa berehat sepanjang cuti sekolah ini (Hampeh..!!! yang cuti budak sekolah, bukannya aku).
If ada masa nanti aku upload gambar2 mengenainya sekiranya ade insan2 yang sudi menderma gambar aku yang ada dalam kamera dorang tue.
Permainan ini memang costly, ramai juga yang merunggut mengenai harganya (orang kaya leh la main nie). Selamat aku dapat main free je. University baik sangat nak sponsor aku.
Gambar aku masa mula2 masuk ke field. Seram sejuk jugak aku time tue. Manalah tahu nasib korang dalam tue samada menembak atau ditembak. Betul x..??
Nie salah satu gambar aku semasa beraksi. Ada gaya x..?? Kalau tanya pada amer sure die cakap ada gaya. Ada gaya pun xde makna jugak. Aku kalah dalam ke3-3 game yang aku main. First time jugak la aku kalah cam nieKeputusan Pertandingan (yang aku punya la)
1st game - Aku kalah
Time tue dah leading, dorang just tinggal 2orang berbanding team aku yang masih mempunyai kekuatan penuh. Entah cam mana salah sorang terkeluar sebab kne tembak pada mask die. Time tue aku terdengar Marshall jerit Game End (Kalau xsalah la). Aku ingat team aku dah menang, rupanya team aku yang tersingkir sebab budak yang kuar td terbukak mask die
2nd game- Aku kalah juga
Team nie xde la kuat mana pun. Yang aku tahu ade khabar angin tersebar di kalangan mereka yang menyatakan aku nie dasyat main paintball. Tau2 je game baru start 15 saat aku insan yang mula2 kuar dari gelangang. Hampeh korang sume aim aku dulu. Memang xleh nak wat ape dah
3rd game- Aku tetap jugak kalah
Time nie menentang team yang memenangi liga kumpulan aku. Kali ini team aku memberi tentangan yang sungguh mencabar sampai habis pallet. Aku mati2kan aku leh menjadi last man. Dalam masa nak amik flag ade la mamat nie tengah menirap (ala sniper gitew) terkejut dan aku pun terkejut beruk jugak la time tue. So aku dengan penuh cover macho berlari sambil melompat ala monyet kepanasan. Tau2 je kaki aku kne tembak (Dengar cerita itu la pallet die yang terakhir-dasyat gak die tembak)
Blog Advertiser
| Aku Mahu Aktif Balik Forum Rasmi BeliBuy |
[+/-] |
Bermandian Air |
Salam semua, aku rasa ini merupakan entry terpanjang dalam dalam 2 bulan nie kot. Dah lama xbuat entry pepanjang nie.
Mengenai tajuk entry ini, memang la bermandian air. Xkan bermandian api mahupun wang. Melainkan bermandian peluh (tue pun air pe).
Cerita nie pun cerita lapuk dah. Kalau xsalah aku masa nak dekat hujung2 bulan 11 sebelum aku pergi program aku kat Johor tue.
Ini la gambar aku dalam keadaan seksi. Ops nampak pusat pulak. Bagi yang mengenali diri aku sure perasan badan aku dah berisi sikit. Aku pun baru perasan sebab ade yang tegur time aku mandi hari tue.
Lokasi yang aku pilih kali ini dekat je dengan tempat aku. Aku pilih kawasan perkelahan Sg Bil. Masuk bayar RM1 (tapi aku xperasan ada tempat bayar tue, so aku men lalu la, tercari2 jugak rupanya die bukak kaunter kat simpang masuk. Cam mana aku nk sedar. Kire halal la bang ek).
Nie gambar aku tengah drive. Atie dok sebelah aku nie dok tangkap gambar je. Aku dah lame xdrive. Rasa berdebar2 jugak la. Besa la jalan bengkang-bengkok dan kecik je. Yang bahayanya ade cerum yang cerun yang curam (belum ada kes tanah runtuh kat sini).
Banyaknye atie beli makanan ek. Nie nk berkelah ke nak melantak nie. Sebelum ke tempat perkelahan ini, aku dan atie sempat jugak g shopping, mak suruh beli. kalau x, xde la bnde nak makan kat sani.
Ops..!! Aku bukan pergi berdua-duaan dengan atie je tau.
Selain Atie ada rakan2 lain yang menfollow kami, xlain dan tidak bukan member kami dari 1st semester sampai la nie. Bawak je la, lepas nie xtau bile leh bwk dorang datang sini kan. Aku kat Perak dorang lepas nie dah lepak Johor terus. tau2 je dorang orang pertama yang men air dulu time aku tengah bz2 pungah barang dari kereta.
Ini antara muka2 yang tenagh kelaparan. masing2 tengah menunggu BBQ dorang masak. hampeh tul la korang masak untuk korang je. Sian kat aku yang bersusah payah nak hidupkan api dan menjaga bara. Kalau ku tahu cam nie, baik aku wat tempat bakar BBQ besar sikit.
Ini gambar mak dan ayah aku. sweet couple kan. Dah nak masuk 25 tahun bersama. Nampak sangat ayah aku semakin tua. Sian jugak aku tengok die berkerja mencari nafkah untuk adik beradik aku.
Insya'lah ada rezeki tahun depan dorang dapat tengok aku mengengam segulung Ijazah (aku tahu ijazah tue bukan buh nama aku pun.. Nanti kena tuntut kat kaunter kat luar dewan convocation.)
Pe2 pun tahniah buat adik aku yang bongsu sekali kerana berjaya menghabiskan tempoh temuduga biasiswa Petronas tempoh hari. Maaf abg xsempat nk jumpe kamu.
Blog Advertiser:-
| Shuffle dance | Zoom di Zoo Taiping ||||
[+/-] |
Friendster aku di spam |
Waduh aktiviti spam dah makin berluasa di friendster aku nie. korang sure pernah kena kan. Mula2 aku xkisah sangat. Tapi sejak kebelakangan ini, banyak komen yang aku terima agak melampau seperti dalam gambar di atas.
Dan baru nie aku terima satu message dari rakan friendster aku yg berbunyivirus " Comment " lucah di friendster
Kepada pengguna Friendster. Sekarang ni virus (malware) telah menjangkiti rangkaian Friendster.
Virus ini akan menghantar gambar-gambar lucah melalui "comment". Sekiranya kita "klik" pada imej itu ianya akan membuatkan kita "sign out"
Lepas kita "sign in" balik, virus ini akan mula beroperasi dan ia akan menghantar gambar2 lucah tu kepada kawan2 kita melalui komen.
Pada kawan2 sekalian, sekiranya anda menerima gambar lucah di ruangan "comment" daripada friendster saya atau sesiapa dari rakan anda, ianya adalah kerja virus tersebut. Sila delete segera.
Harap Maklum.
Blog Advertiser:-
| Anai-anai | Berkerja Dengan Masa | Jangan Lupa Nurin jazlin jazimin| Sorry..!! I Love You | Baby Iqah Masuk Contest | 10 Kata Kunci tahun 2008 |
[+/-] |
Uwek...!! termuntah |
Maaf if entry nie pendek je
Tengah ada cerita untuk dikongsikan bersama anda semua selaku rakan blog yang rajin melawat blog saya nie
Banyak lagi kisah yang ingin dikongsikan bersama. Tapi saya rasa baik letak mana yang perlu ek. Banyak cerita yang tersangkut nie. Xhabis lagi nk ceritakan kat korang nie
Berbalik pada cerita yang ingin saya sampaikan mengenai rakan saya yang tengah migrain time on da way g ke majlis perasmian Sukan Universiti Asean kat Bukit Jalil pada sabtu lepas. Dalam2 migrain n muntah tue sebab lagi die melawak. hampeh betul la
CikNzh :- Kamu ok ke nie?
BdkTue:- X ok nie..!! (Terus mencari tong sampah lalu termuntah)
Keadaan kembali tenang di kerusi penonton
EnKhrl :- Kamu dah ok ke belum nie.
BdkTue:- dah ok sikit
EnKhrl :- Kamu nak apa2 x nie..?
BdkTue:- Bagi bubur ayam McD satu...Korang nak ape ek..?
BdkLen:- Saya nak big Mc pun ok pe..air coke 3
EnKhrl :- hampeh Korang
Blog Advertiser:-
| New year..!! New What..?? | Ruang Manakah | Bakal Pengapit | Nak Duit Kena Rajin | Gaya Hidup Zaman Moden | Jangan Tanya aku Soalan Seks |
[+/-] |
Aku mahu pulang |
salam buat rakan2 blogger or rakan2 aku...
insya'lah pada 19-28/12 aku mungkin berada di ipoh tetapi bergantung pada keadaan.. jika ada sesiapa yang ingn ajak berjumpe.. hope contact je no aku nie 013-2226518..kot2 xde la aku bosan disana
Banyak story yang aku ingin sharekan dengan korang. Tapi maaf sebab xsempat nk cerita kat blog ini. Hope korang masih setia ek.
[+/-] |
Aku Kena G Kem Minggu ini |
Seperti yang ternya kat tajuk entry ini, aku kan away kejab ke kem petang ini. Kem nie sampai hari ahad minggu ini.
Baru je nak berehat untuk minggu ke-3 cuti ku (wei aku tengah bercuti nie), tertibe dipanggil untuk pergi kem. Bile lagi nak pergi. Sume free katekan. Orang bodoh je yang tolak bnde free time2 hidup tengah free xde bnde nk wat.
Tapi aku pe2 pun belum kemas lagi untuk g kem nie. Cam malas nk kemas barang pun ade. Ada sape2 nk offer diri untuk kemaskan x?
Eh kenapa aku buh gambar orang men paint ball untuk entry aku ini, ada kaitan ke..??Memang ada kaitan pun. Nama je kem kepimpinan, tapi bile aku usha surat jemputan dan tentatif program awat banyak ceramah pasal peralatan paintball.
Siap hari last ade tournament paintball lagi tue. Dah lame aku xmain paintball. Last men pun katProton City. Time tue men free je, tolong2 dorang jadi lawan untuk budak2 yang barunk men. Tapi syarat kami kne pakai 15 pallet je.. Dorang pulak 50 pallet. Ok la tue kan. Nanti dorang cakap xadil la pulak.
Alahai...
Blog advertiser:-
| 9 tahun dah ada buku n filem sendiri | Nujum Pak Belalang | MsjBox Holiday 2008 | Pueraria mirifica Herbal Botanical |
[+/-] |
Memang Layak Aku Pakai Debit Card |
Last month, aku de apply Maybank Card yang baru. Dah bosan pakai kad yang lame (warna kuning je). Lagipun time tue aku ada di kampung (selalu aku sabtu ahad je ade-bank mana bukak) so aku amik kesempatan ini untuk apply kad yang baru. Function kad ini sebijik je cam Debit Card.
Dulu ada juga tergerak hati nak pakai debit kad. Dah banyak bank aku usha promote debit card, public bank la, al-rahj bank la. Ambank lagi dasyat siap promote kat 7eleven sekali. Mymode pun start wat. Last yang aku nampak time tue adalah Tune Card.
Jenuh gak aku memikir yang mana yang terbaik. Aku lepak kat forum, kad blog orang lain. Aku search kat Google, aku tanye pendapat member dalam YM. Last2 aku amik je la Maybank punya, lagipun die just function tambahan pada kad maybank je (Sume gara-gara usha atie shopping pakai kad je)
Korang rasa berbaloi ke aku pakai debit card?Ye la aku kan suke shopping. Tapi tiap kali shopping pakai cash je. Bayar pakai rm10, rm50 sedangakn harga ciput je. So korang sure paham balance sure la kecik2. Aku nie duit kecik kekadang cuai sikit, kekadang tercicir, kekadang aku sendiri xtau berapa duit yang aku bwk (selalu aku kuar bwk sekeping dua je duit)
Aku pulak jenis malas nk kemas bilik. Kekadang kalau aku kemas, leh jadi kaya balik aku dengan duit syiling. Ada satu masa dulu hampir 50ingt aku dapat kumpul. Banyak tue...!!
Korang pula cam mana ek..??
Blog adevertiser:-
| Dorang datang ke kampung aku | Aqiqah untuk Iqah | New Muncet Magazine Template |
[+/-] |
Doakan adik Ku |
Assalamualaikum Wbt...
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua jika tidak terlambat rasanya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog ini sepanjang ketiadaan saya selama beberapa hari. Maaf kerana lambatt reply komen anda di setiap entry. Coz last week after my program kat City Square (Masuk paper kosmo! tapi xsempat beli) terus runner balik rumah n kemas barang utnuk balik kampung.
Nie sekadar sambungan story lepas iaitu Trial SPM adik aku. Pagi tadi die check maklumat mengenai tawaran yang dia terima dulu. Alhamdulillah...Dia mendapat tawaran untuk menghadiri temuduga pada hujung minggu ini untuk mendapat tajaan Petronas meneruskan pengajian dalam Sarjana Muda Kepujian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Di harap rakan2 blog sudi mendoakan kerjayaan adik aku yang bongsu ini. Dalam tempoh cuti raya ini sempat juga aku melawak dengan diaSituasi tengah tengok "The Love Guru"- Cite Mike Mayer berlakon
Mak :- Korang tengok cite blue ke nie ha
Adik :- Mana ade la, Cite lawak je
Aku :- Ye la, yang biru bantal tue je
Mak :- kalau cite blue baik tutup la
Aku :- Ala mak, sume dah besar panjang dah.. Shafiq je yang xcukup umur je
Adik :- pesal pulak, orang dah habis SPM la
Aku :- banyak la ko, hujung tahun nie ko baru je nak masuk 17 tahun
Adik :- ghgatyedwhduwgfu
p/s- Buzday adik aku jatuh pada 30/12... So pe2 pun umur die paling lambat sekali naik
Blog Advertiser:-
| Tiada mangsa ke-5 | Bulan tersenyum | Simple Widget for Your Blog | Abg hensem ke..?? | Kata-kata Aluan Program Sukarelawan Turun Desa | Seks untuk tontonan |
[+/-] |
Aku Romantik Ke..?? |
Pagi tadi tergerak hati melihat blog atie, die ada meletak gambar bersama aku semasa berada di Johor. Dalam kesibukan menguruskan program masih ada masa untuk kami bermanja (he...23x jangan jeles) Bukan apa, Atie merupakan pengarah untuk program itu, aku just penasihat kelab je.
Bila aku baca balik entry die dan komen dari para2 pembaca blog die, sedar xsedar aku nie romantik jugak ek (alamak..!! lubang hidung dah kembang nie). Rasanya belum pernah aku buh gambar bersama die di blog nie. (kalau di blog lain mungkin ada- aku dah lame berblog sebenarnye).
Esok aku ade main program di kolej under atie, aku xpasti menteri mana yang confirm datang. Pe2 pun tunggu berita malam esok kat tv (tue pun kalau ade-wartawan kan jenis memilih berita) xpun usha kat kedai surat khabar je. Pe2 pun tahniah buat atie aka Saudari Khaizarin Akhmar Omar kerna berjaya membawa kelab ke satu tahap.
Esok petang aku kan bertolak balik umah atie di Ipoh. dalam perjalanan singgah kejab di umah aku coz nak amik barang yang ditempah 2 minggu lepas. Mak die ajak aku beraya tahun ini di Ipoh tapi aku dah berjanji dengan family raya dikampung coz tahun lepas aku xbalik raya.
Minggu depan aku ade kursus kepimpinan.
Alahai
Blog Advertising:-
| Atie & Selamat Pagi Cinta | PayPal into Tune Money | Air Terjun Mini | Karnival Usahawan Desa 2008 | Kem Smart Solat |
[+/-] |
Nikon D60 |
Semua ini tidak ku sangka. Dari niat menjaga kamera AJK aku yang ingin turun ke laut terus aku ketagih memacu lens ku ke arah sesuatu yang memberi kehidupan pada photo yang ku ambil. Selama ini aku hanya mengabadikan jiwaku bersama Sony Cybershot. Tetapi sekarang sumanya hampir berubah.
Gambar disebelah adalah salah satu aksi aku yang telah ditangkap tanpa aku sedari (Maaf sekiranya tiada gaya seperti photographer) Baru nak berlajar katakan.
Dikesempatan ini aku merakam senario keadaan sekelilingku. Alhamdulillah, kebanyakan hasil kerja ku mendapat pujian dari rakan2. Mungkin kerana aku berjaya merakam aksi atau kenangan dalam bentuk nyawa di dalam lensa ku.
Semalam, aku dan atie berjalan2 di Times Square dan Plaza Low Yatt sambil mensurvey harga kamera (cadang nak tangkap satu). Insya'lah tidak tahun ini, maybe tahun depan aku akan cuba memilikinya. Pe2 pun biar ade perancangan. Takut kamera ini menjadi perhiasan je kat rumah.
If ada sape2 pembaca blog ini yang meminati photography mahupun peminat kamara boleh rasanya kita berkongsi pengetahuan dan pandangan mengenai bidang ini. Kalau betul caranya boleh buat duit pe.
Rakanku dari Sarawak yang merupakan rakan sekolejku sepanjang cuti ini membuat bisnes wedding photography. Alhamdulillah murah rezeki die. Dia amik RM700 untuk satu sesi. Ada juga dia dapat offer sampai RM2000 tp die tolak coz dah ade yang tempah dia time tue
Impian ku sekarang nie, semestinya Nikon D60.. If ada sesiapa boleh bagi pandangan atau tahu dimana bolehmendapat kamera yang murah sila hubungi aku ek.
Alahai.....
Blog Advertising:-
| hacking..!!! | minyak turun 10sen | Bulan Tersenyum | Arak cap Apek ||
[+/-] |
Trial SPM adik aku |
Just nak story perihal adik bongsu aku yang mengambil SPM tahun ini. Rasanya isnin lepas paper die habis.
Gambar disebelah bukan gambar result die. Gambar ini grap dari blog syamrinlife.
Last 2 week aku berkesempatan balik ke rumah sekejab selepas selesai menjawab paper akhir aku. Saja nk release tension kjb (lagipun aku bukan lama sangat kat rumah). Siap bawak member2 kolej datang lagi tue
Dalam melepak tue, salah sorang member aku tertanya..apa slip di sebalik lapik meja kat rumah aku. Aku pun usha la beramai2. Time tue mahu terkejut juga melihat keputusan trial adik aku nie. Tak ku sangka die adalah adik aku.9A 2B 1D
Peh member2 aku pun xpercaya yang tue adalah adik aku. Nak wat cam mane kan. Abg die pun xsepandai dia
no 1 dalam kelas
no 2 dalam sekolah
Nie rupa adik aku yang bongsu bersama ayah die. Ada gaya kat ustaz x?? Insya'lah tahun depan ke oversea xpun masuk UTP kot. Aku doakan yang terbaik buat adik ku (Sorry abg jauh sangat dari kamu, And mintak maaf juga sebab lupa kamu amik SPM tahun nie..Nanti abg belanja makan ek)
p/s- entry ini khas buat akak senior die Cik Manis dan nak bagi husna jeles he...23xAda contest kat sinie. Hadiah besa2 je.. Sila teka apa subjek die dapat D. Cik manis, husna dan atie xleh masuk ek
Blog advertising:-
|Cara membuat link tab | Cara withdraw PayPal Money to Debit Card | Selamat @ x PC di CC |
[+/-] |
Los dan Faun |
Assalamualaikum wbt
Last week aku berpeluang menonton cerita Los Dan Faun di Cineleisure, Damansara. Walaupun tengah bz dengan program tapi masih ada masa untuk menonton wayang.
Time nie tengah ada tayangan perdana (pratonton) cerita Los dan Faun. Dapat tiket free pula tue sebab atie menang contest yang dorang buat. Hadiah saguhati je (jadi la kan). So kami dijemput hadir ke Gala Night Pratonton Los Dan Faun.
Dalam masa nak tunggu tayangan start ada la majlis press conference. Lepas tue majlis bermesra bersama pemenang. Ada makan-makan dan sesi bergambar aka autograph.
Dalam tempoh masa ini, aku banyak habiskan masa bersama Hans Isacc. Sempat juga melawak seround dua dengan dia. Tapi time balik xdapat nak tumpang dia he...23xAntara lawak die yang aku xdapat nak lupakan time nk tangkap gambar:-
Aku :- Alamak kurang ketinggian (aku pun menjengketkan kaki)
hans:- Alamak kena rendahkan, krek krek krek (bunyi mesin bergerak sambil wat gaya merendahkan diri slow2.
Tiket yang atie menangi mengunakan muka aku. Peh...!!! xsangka muke xhensem nie leh menang tiket pula. Tapi dapat 3 vote je. Ok la tue dari xde yg vote kan.. Ade juga yg xdpt vote. Paling tgi pun 178 vote (vote sendiri leh la)
p/s- sebenarnya atie men hantar je... saje2 je nk masuk tp xbaca pasal syarat2 contest. Tue yang die biarkan je. tahu2 dapat call mengatakan die dapat tiket
Bergambar sekejab dengan Atie before tayangan bermula. Lama sungguh nak tunggu para perlakon dan media masuk dalam pangung...
p/s- balik sampai rumah dalm kul 1 pagi. Esoknya banyak kerja belum disiapkan. Atie gerak dulu ke Johor, kita pula kne uruskan selebihnya disini
Blog advertising:-
| Cara membuat sambal belacan | Atie berucap ||
[+/-] |
Naik 20 Kg |
Assalamualaikum wbt
Maaf kerna sudah lama tidak mengupdate blog ini. Agak busy kebelakangan ini. Hari ini, aku ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai berat aku untuk pengetahuan rakan. (mana la tahu kot2 kuar contest seperti bloggers len wat pasal perihal diri)
Sekarang sudah genap setahun lebih aku meninggalkan kerusi ku di majlis perwakilan pelajar. Dalam tempoh ini banyak perkara yang aku hadapi (tido, makan, study, berjalan, dok depan komputer dll)
Akhirnya terjadilah keputusan diluar dugaanku. Berat badan dah meningkat hampir 20Kg. Perut makin Jalan Kedepan (PJK). Belum tang2 bahagian berlemak. Memang nampak berbeza.
Gambar ini baru aku tangkap dalam perjalanan pulang dari Program aku di Tanjung Piai. Sepanjang kat sana aku xsempat nak bergambar. Asik ke hulu ke hilir je dan lagi satu aku nie jurugambar (Pe barang tangkap gambar sendirikan)
Hope ada la gambar aku terselit dalam mana2 kamera peserta ek
Blog advertising:-
Orang kaya di M'sia | Una dan PCnya | AdiWidget Naruto |
[+/-] |
Program Sukarelawan Turun Desa 2008 |
Maaf buat rakan-rakan bloggers sebab kurang masa melawat dan membalas msg anda. Dalam minggu ini saya terlalu bz dengan persiapan program. Suma update terbaru mengenai program saya boleh dilihat disini:-
- Survey Tanjung Piai
- Program Sukarelawan Turun Desa 2008
- banner Sukarelawan Turun Desa 2008
p/s- dalam masa terdekat saya akan letak update terbaru. Xsempat nk update sebenarnya
[+/-] |
Penangan Sambal Petai |
Salam di jumaat buat semua pembaca setia blog rasmi BeliBuy (apa yang beli apa yang buy pun xtau la kan) biar yang tahu saja tahu.
Aku baru sahaja habis menjawab paper terakhir exam untuk semester ini. Lepas ini aku boleh focus pada program yang bakal aku jalankan tidak lama lagi.
Alang2 aku tengah update blog nie, elok rasanya jika aku berkongsi satu cerita yang berkaitan dengan sambal di sebelah dan juga exam aku pagi ini. Memang ada kaitan.
Pagi tadi aku menjawab paper major aku iaitu Organisation Safety and Health Administration (OSHA-my fav subject). Soalan berkisarkan mengenai "Stress" so secara automatic aku menjdai stress time menjawab. Bukan aku sahaja, member aku pun sama (sedangkan yang amik subject nie 3 orang je) Soalan tue je dah 30 markah
Dalam aku menjawab exam nie, beberapa kali juga aku pergi ke toilet untuk membuang hajat aku. Akhir sekali sebab aku betul2 xtahan aku mintak izin penjaga exam untuk bertapa di dalam toilet. Peh nikmatnya.... Bau petai la plakFakta mengenai hajat aku
**Lupe nk buh td
- Malam tadi sekali aku lepaskan
- Before subuh sekali
- Time mandi pagi sekali
- Time nak g exam sekali
- Time exam pun die nak
p/s- nie la gara2 perkena sambal petai, dah lama aku xmakan
Yang sadisnya tandas xde flush...so kne wat secara manual je
Yang lagi sadisnye.. time kuar toilet n menjawab exam..kite lupe plk nk zip suar.. xtau la ade orang perasan ke x
Update terbaru mengenai aku:-
- Hari ini aku balik kampung (Sepupu kahwin) aku usung sekali budak2 yang wat program kat johor nanti.. Sekurang2nya leh jugak bincang n wat kerje same2
- Topi yang aku tempah ade prob. Hari nie tukar color
- Masih ade kekosongan untuk program nanti, aku tengah pening kepala nak cari kat mana
- Pokok untuk progarm bumi hijau xdapat.. kne cari kat tempat lain
- Aku tengah lapo nie
[+/-] |
Tolong jangan bawa Hp ke Sekolah..!! |
Perhatian
Kebanyakan artikel dan gamabr dicuri bulat2 dari blog Cikgu Su (Jangan marah ek) Just nak share dengan rakan blogger yang lain
Sememangnya telefon bimbit yang dimiliki pelajar tidak boleh dibawa ke sekolah. Larangan ini ada termaktub dalam peraturan disiplin murid yang dikeluarkan oleh kementerian. Namun pelbagai usaha yang dilakukan oleh pelajar untuk membawa ia ke sekolah
So entry kali ini just nak tahu korang sume nie ada x bwk hp ke sekolah (Kalau takat bawak hp yang boleh isi air tue, xpayah la korang cerita kat sinie ek)
Aku boleh dikatakan memang selalu bawak hp ke sekolah (Cikgu Su jangan marah ek) Selalu aku sorok dalam poket seluar je. Kalau aku rasa hari tue aku dok meronda kawasan sekolah aku just tinggalkan dalm bilik pengawas je (aku je ade kunci bilik tue). If aku rasa aku nak wat inspection aku simpan je bawah seat kete. Bukan ada orang nak check dalam kete kot kan.
Itu aku, bagaimana pula dengan korang. Jangan cakap simpan dalam suar kecik korang or dalam baju yang berada kat dalam baju sekolah korang ek (dah selalu kantoi pun) Kes yang campak hp keluar kelas pun ade. Tahu la korang kaya
[+/-] |
Sejam sebelum exam..!! |
Just nak share story mengenai hari ini. just story within 5-10 minute je. Xde la menarik sangat coz hari nie aku bukan dalam mood yang ok pun. Hope ada yang sudi buat ku tersenyum hari ini
Story nie just pasal aku call insan2 yang aku rasa cam penting je dalam hidup aku (ye ke penting) xde la penting sangat pun cuma aku terasa penting juga la. Tanpa dorg sapa la aku nie kan.1. Call insan yang tarsayang (doa2kan la ek)
Mengenai exam hari nie, ok je. cuma ade satu bahagian aku xleh nak jawap. so cam besa la kan. kite goreng je la (cam cik manis cakap <--bakal cikgu tue) Update terbaru dari aku untuk kalian semua
just tnya die dah siap ke nak g exam (exam die petang yang sama juga), dah habis study ke, esok plan cam mane (cadang nk ke rumah akak die).
2. Call bonda ku
saje je nak call, nak tnya duit semalam masuk berapa. Tapi xde orang angkat (mak aku suke letak tepon merata2 - jangan korang nak curi pula)
3. Call Nyah (bakal akak iparku if jadi la kan)
die tengah rehat, just mintak die hantar kamera ke rumah yong (bakal akak ipar aku juga) coz esok aku leh terus amik je. masih single lagi. ada yang berkenan x??
4. Call Bapa ku
die tengah amik sawit kat ladang, bukan selalu aku dapat sembang dangan bapaku. if ade masa terluang je dapat (aku rasa setahun boleh kira dalam jam je aku sembang dangan bapa) nak confirmkan dengan die pasal kenduri kahwin anak Pak uda (adik beradik belah bapa) dan nak bagitahu yang minggu nie aku balik kampung aku bawak member2 aku.
5. Call adik perempuan ku
erm sama je perangai cam mak (suke letak hp merata2)- banner untuk program aku dah dinaikan pagi tadi
- exam tinggal satu paper je lagi
- aku masih lagi mencari tempat untuk praktikal
- blog aku yang lagi satu makin ramai pengunjungnya (thank coz beri sokongan)
- friendster dah ok
- aku tengah tunggu budak rumah aku ajak main call of duty (habis exam leh la main)
[+/-] |
Add me in Friendster please |
Friendster become more suck this week... what the hell
Teruskan membaca jika anda nie rakan ku yang paling setia, Kalau nk jadi rakan pun xsalah
Panas hati aku sejak 2-3 hari nie xleh masuk friendster. Asik under maintanence je. Dah la nk promosi program aku nie dekat member dalam freindster.
Tadi aku usha tengok2 just tinggal 59 orang je member aku. Sebelum nie ada nak dekat 800 orang. Member yang aku kumpul sejak 5 tahun lepas. Cam mane aku nak contact dorang? no tepon pun aku xde. harapkan pada friendster je. Yang lagi penting cam mane aku nk ajak member aku datang time aku kahwin huhu.. (tak meriah la nnt he...23x)
So pada member2 aku kot2 terbaca blog nie sila add aku kat friendster korang cahaya_pena(at)hotmail.com bagi rakan2 lain yang nak add juga xde masalah. Aku sure akan approve korang. Kecuali mereka yang add aku semata-mata nak jadi pasangan gay (aku straight je tau)Here are some FAQs to help address your concerns:
What happened to my friends?
Currently, the number of friends in the friends list is being displayed incorrectly.
Are my friends lost permanently?
No. The data for all friend connections is intact and is not lost.
When can this be fixed?
Friendster is currently working on this problem and we hope to have this fixed within 24 hours.
Can I still add friends while the problem has not yet been fixed?
Yes, users can still add new friends and use other features of the site.
What caused this problem?
There was a building-wide power outage at the QTS / Globix data center in Sunnyvale, California, USA where Friendster’s servers are co-located, along with about 50 other customers. As a result, the memory caching of data was affected. Since Friendster has 85 million users, the cache is taking a considerable amount of time to build. Once the cache has been completely built, all friends will re-appear.
[+/-] |
Co-D (Call of Duty) |
Trend baru di rumah aku setiap kali musim exam pasti ada permaianan @ game yang mampu mengurangakn tekanan exam yang kami hadapi. Untuk semester ini, budak rumah ku fanatik dengan game C0-D.
Mula2 dulu tertanya2 juga apa itu Co-D. Budak rumah dok bising2 ajak main Co-D. Last2 aku bertanya Co-D itu apa??
P***** Korang la, Sapa yang gatal2 bagi short form kat game yang aku selalu main nie (Tidak ku sangka mereka semua ketagih nak main game nie)
Boleh di kata2kan hampir setiap malam, ada sahaja insan yang tidak puas hati atau ingin menebus kekecewaan and start invite kami untuk bertarung.
Dan malam tadi merupakan malam yang terlalu panjang buat kami di arena pertempuran ini. Masing2 tiada paper hari ini, dan member yang berkerja pun cuti hari nie. So pe lagi, layan je la kan
Dengan berbekalkan 2 komputer dan 4 laptop yang mampu menampung maximum player 6 orang ( ye la orang ke-7 nak men pakai ape..komp n laptop pun xde). Dan kesudahannya team aku juga yang menang...(pakai sniper leh la he..23x - Memang seorang yang mampu menempak tepat dari jarak yang jauh)
Di sini ade beberapa dailog yang mencuit hati sepanjang minggu ini berkaitan dengan permainan
Co-D ini.. Layan....Yang lain2, nanti aku update, terlupa plk
Joy : Ko dah training jari ke untuk Co-D
Aku: Ko xnampak ke aku tengah panaskan komputer aku, anytime je aku dah sedia
Cms: Sapa yang tembak aku time aku nak melompat ke bawah
Aku : Sapa lagi kalau bukan Si snipper yang tepat ini
Boooommm....!!!!!
Joy : Bodoh la...!!!!
Aku: Woi joy kne periuk api
Amr: Ko xnampak ke periuk kera tue, nie kali ke-5 ko pijak la bahalol
Krt: Sapa tembak pakai pistol nie
Gnt: he....... <---die yang main, leh gelak2 plk
Joy : Woi awat aku je yang selalu kne tembak nie
Cms: Dah ko sorang je pakai baju hijau, kami sume baju putih (Time nie lawan dekat tempat bersalji, mana la nk nampak warne baju)
[+/-] |
Sukarelawan Turun Tanjung Piai (Part 2) |
Dalam kesibukan study dan menjawab peperiksaan, masih ada kesempatan seketika untuk diri saya mengepost entry. Walaupun ianya simple entry, di harap rakan2 blogger yang lain terhibur
Ada sesiapa mengenali makhluk di gambar sebelah? Gambar ini di candid di National Park Tanjung Piai. Walaupun beliau tidak la hensem mana pun jika dibandingkan dengan beruk mat yeh atau james brooke. tetapi aksinya dapat menarik perhatian pengunjung yang melawat ke sini.
seperti yang anda perhatikan di dalam gambar, makhluk ini sedang bertengek di kawasan tapak perkhemahan yang disediakan di sini. Jika anda bercadang ingin melihat panorama hutan paya bakau di waktu malam, anda boleh melakukannya di sini. Tetapi xbahaya ke..?? xpasal khemah kne serang hendap oleh makhluk2 ini
Maaf jika gambar ini kurang menarik untuk di tontonkan atau kurang jelas. Besa la, zoom dari jauh. Agak susah juga ingin mendekati mereka. Baru nak datang dekat, mereka laju je bertempiraan melarikan diri.
Untuk pengetahuan korang. Entry ini khas buat monyet2 dari dari hutan lipur soga perdana di blog bro Me.
Update TerbaruEsok killer paper (hope leh score)
[+/-] |
Sukarelawan Turun Tanjung Piai (Part 1) |
Hari ini agak bz dengan beberapa perkara berkaitan dengan program hujung bulan ini. Dalam tempoh masa peperiksaan ini, saya masih sempat menyiapkan beberapa perkara. Sekurang2nya tidak buat kerja last minute.
Sepatutnya sudah hampir sebulan saya tidak update mengenai journey saya ke Johor tempoh hari. Abaikan je la ek, cukup sekadar buh gambar (story pula more ke future)
Today, alhamdulillah saya sudah selesaikan design background untuk banner. Xde la cantik or dasyat sangat. Cuma ingin menyampaikan objective program ini sahaja. Contoh background banner seperti di bawah
Insya'lah ada masa nnt saya akan upload hasil akhir banner. Di sini ada beberapa update yang telah dibuat- Esok dah boleh proceed untuk banner. Ada 3 kesemuanya
- Esok dah boleh confirmkan tempahan dan design t-shirt dan vest untuk program
- Ada kekurangan peserta. Tengah push ajk promosi untuk cari peserta
- Dapat sokongan dari rakan wawasan UNITEN
- Rakan media sudah memberi feedback. Insya'lah program ini masuk paper
- Tengah nak dapatkan bekalan anak pokok untuk program bumi hijau bersama wakil rakyat
- Tengah plan untuk slot pelancaran logo kelab WAWASAN yang terbaru
Buat masa sekrang ini sahaja yang perlu saya titik beratkan sepanjang minggu ini (sempat lagi tue). Pe2 pun thank kepada mereka yang sudi memberi kerjasama dalam melaksanakan program ini. Jika saya terkasar bahasa and terlalu tegas dalam menjalankan tugas, harap maafkan. Itu cara saya. Jika tidak mampu menanggungnya, anda boleh menarik diri awal2. Saya hanya mahu mereka yang betul2 commitments dengan tugas dan kerja yang diberi
Kebanyakan kisah sudah diceritakan pada sis yuyu.. If nak tahu, g tanya die... he...23x
[+/-] |
Penangan Exam Semester Ini |
Rasanya ini pertama kali aku menulis entry berkaitan keadaan aku sebelum mengambil exam di blog ini. Anda boleh juga membaca persiapan saya menghadapi exam di blog lama saya Framestone Alchemist. (Ada sesiapa pernah datang ke blog ini..?? Jika ada, anda la rakan blogger saya di blog sebelum ini)
Tinggal kurang 24 jam, saya akan menghadapi final exam untuk semester ini di tahun terakhir saya yang dok terakhir je dari tahun lepas (dah meluat mendengar ajuan soalan "bila kamu nk habis nie" "Eh, xhabis lagi ke" "Eh, abg Syuk ada lagi ek, lama xnmpk")
Tetapi aku masih belum dianggap pemegang anugerah mighty hyper super senior seperti beberapa rakan2 ku di universiti iniMasuk tahun 2001 sampai la nie xhabis2. Anak korang pun dah masuk darjah satu dah tue, xkan nak convo sekali dengan anak kot...? :)
Banyak betul dugaan untuk exam kali ini. Ramai yang anggap aku nie killer student, tak pernah nak study, tapi exam gempak la juga (aku men jawab je, lecturer yang nak bagi markah cam tue, bukan aku yang bagi kan he..23x). Di antara dugaan yang aku terima:-"Jom Call of Duty" "Hampeh korang, karang aku snipper kepala sorang2"
Peh mencabar tue, bikin panas hati gua. Siap cahaya keimanan pun leh hilang. Cam mana hati nak terima pelajaran yang diberi. Dan dibawah nie la keadaan saya sebelum exam nie:-
"Wei aku kat Langkawi nie, aku xingat apa tips yang sir bagi"
"Kamu digantung dari menduduki exam selagi payment beleum dibuat"
"Jom karaoke malam nie..?? Kite bantai 36 lagu"
"Eh petang nie, wayang apa yang best ek"
"Wei aku ade cite bl** yang baru nie"
"Pinjam note boleh..??"Dah hampir 48jam tak mandi (berapa kali tukar tuala and kain, tapi xmasuk2 bilik air nak mandi)
"Mana pula note aku nie"
"Makhluk mana yang sesuka atie tax rokok aku pula nie"
"Eh..!!! aku lupa breakfast la..xpe la lepas Buletin Utama baru g makan"
"Ish korang nie, kalau nak aku schedulekan tarikh perkahwinan korang, bagi la aku settlekan schedule exam aku nie (belum start pe2 lg nie)
Update terbaru:-
- Malasnya nk mandi, tunggu zohor karang la
- Ada sape2 x yang ternampak mana aku letak note aku
- Tangan kanan aku luka teruk akibat menumbuk dinding hampir sama seperti kes nie (ada sesiapa yang pernah membacanya..??? Teruk gak tangan nie, still bleeding lagi. If dapat tumbuk orang tak tahu la ape yang akan terjadi pada die ek. (Susah juga berlajar ilmu tapi disalah gunakan -So jangan sesekali mencari pasal, tue baru dinding, belum muka mu je-)
[+/-] |
Hate Meant Love It |
People said that:-
Hate meant Love
Love is Pain
Pain show your's sense
Sense display yours feel
Feel show you are exist
Exist meant everything to your partner even though you hate them, you love them, you make them pain, they show their sense on your feel and lastly you prove that they always in your heart.
My favorite damn joke this week,Update terbaru:-
I like....... ....... .......... To move it move it
( Hampeh tul iklan McD- Ada sapa2 nak belanja aku x )
- Aku xleh tido coz tadi layan espresso
- Ada sape2 laki yang masih single (kasihan member aku nie masih mencari2 pasangan)
- Is that anybody know what i'm feel right now???
[+/-] |
Anugerah Skrin 2008 |
Assalamulaikum Wbt buat semua pembaca setia blog BeliBuy. Maaf sebab dah lama xupdate blog nie. Exam dah dekat beno nie.
Entry hari ini berkaitan dengan gambar diatas, sejak 2 menjak ini, rakan serumah saya dok bz balik lambat ke rumah (kekadang pukul 7 pagi baru balik) semata2 ingin memastikan segala persiapan telah tersedia untuk program malam ini. Pagi2 baru nak lelap je, ada sahaja pangilan yang menganggu tidonya he...23x
Pe2 pun jangan lupa melihat Anugerah Skrin 2008 malam ini hanya di TV3. Terdapat beberapa berapa percalonan yang saya harap2kan menang untuk malam ini. Pe2 pun top 5 dari setiap kategori sudah saya ketahui (korang nak tahu??? xpayah la ek, kita pakat reramai tunggu depan tv3 malam ini. Pastikan anda membuka tv3 untuk 5 minit pertama (untuk mendapatkan ranking tertinggi malam nie)
Update terbaru:-
- Exam minggu depan
- Payment fees baru bayar RM4,000 untuk sem nie, mana nak cekau lg RM650
- Tengah tercari2 layout yang menarik untuk blog PM
- Mentol lampu (RM9,90) bilik baru je ditukar, tapi xleh menyala juga. Fius terbakar kot
- Petang ini ada appoiment, kena prepare RM1,000 (deposit)
[+/-] |
Tabung Haji Kelana Jaya |
Salam buat pembaca setia blog BeliBuy (xde jual ape2 pun..just jual cerita sahaja) Hari ini sekadar ingin berkongsi ceriat di musim haji ini.
Bermula minggu lepas, jemaah haji sudah mula bertolak dari beberapa pusat. Salah satunya di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya (Kat belakang area rumah saya sahaja-jalan xsampai 2 minit)
Dikesempatan ini, saya meluangkan masa untuk turun padang. Terdapat banyak gerai dibuka di sini termasuk gerai makanan dan jualan. Lalu je la, kalau nak beli kne usha dompet dulu.
Kata orang sambil menyelam kita minum air. Maka dikesempatan ini, dapat juga saya bertemu dengan blogger seperti anda semua. Tapi bukan yang didalam gambar nie ek. Yang dalam gambar ini hanya bakal suami kepada blogger kita nie.
Jika anda ingin mengetahui sila klik Teruskan membaca
Oh..!! rupanya anda semua memang ingin mengetahui siapa gerangan blogger yang ingin saya perkenalkan disini. Jika anda melihat gambar dibawah, ada tak sesiapa yang anda kenali?Ini la blogger kita yang saya sempat temui. Dari tengah Atie dan dihujung Princess N. Yang baju kuning tue saya la ek. Jika ada rakan2 yang terturun ke Kelana Jaya boleh hubungi kami jika ingin berjumpa, terutama kepada mereka yang ingin menghantar ahli keluarga pergi menunaikan haji.
Jika ingin berjumpa di area Kuala Lumpur pun tiada masalah. Tetapi bergantung pada kelapangan saya. Selalunya if ada bisnes baru saya ada di area sana.
Update terbaru:-
- Mana nak dapat RM4650 nak bayar yuran sem nie
- 2 program dah success.. tinggal 2 program kena wat untuk bulan ini
- minggu depan exam (takut pun ada, nak cepat amik exam pun ada)
- Bila nak balik kg nie...Mak tak sihat tue
- Esok nak start tempah baju untuk program akan datang
[+/-] |
Ke Jinjang Pelamin |
Selamat Pengantin Baru buat rakan memanah, Marbawi Sulaiman. Dari skuad Memanah Negeri Perak
Tahun nie kalau di ikutkan ramai rakan2 saya melangsungkan perkahwinan dengan pasangan masing2 (belum dengar lagi yang kahwin dengan suami or isteri orang).
Dalam ramai2 yang ingin melansungkan perkahwinan ade juga yang menyindir kami. Ye la kami nie kahwin pakai duit sendiri. Tak macam korang, kahwin pun family support. Bukan apa, family pun dah bagitahu awal2 kalau nak kahwin family xleh nk support pe2. Kalau support tempat nak wat majlis perkahwinan leh la (mana lagi, kalau bukan kat rumah)
Insya'lah ada rezeki, cepat la saya naik ke pelamin. Lebih berkat perkahwinan itu jika segala pembelanjaan datang dari hasil titik peluh kita.
Sebentar tadi saya ada YM dengan rakan sekolah.Aku: ko kenal x solehah budak asrama dulu
Dia: aha... nape dgn die?
Aku: die nk khwin dh...dgn budak anderson
Dia: o ye... asape?
Aku: dgn faizal... tahun nie jugak.. bulan 12
Dia: oo faizaal mane hek?
Aku: aku xreti nk ckp cam mne la kat ko.... budk kelas die jugak
Dia: ish2.. sume nak kawen...die da keje ke? kat ne?
Aku: entah.... aku just dpt maklumat gitu2 je
Aku: mbe aku dh ramai yg dh khwin huhu
Aku: ko kenal ija dan wina x??? budak art
Dia: tak kot
Aku: budak prefect.... bulan 12 nie dorg khwin huhu
Aku: masrina budak sains ko kenal x??? bulan 12 nie khwin dgn mbe kg aku
Dia : ya rabbi.... ble kau nak kawen?
Aku: he...23x ko kenal syukri x
Dia: tah
Aku: insya'lah die nnt khwin la tue
Aku: he...23x
Dia: bongek (syukri tue bukan ko ke)
Tahniah buat rakan2 ku yang ingin mendirikan rumah tangga tahun ini. Moga korang berbahagia hingga ke anak cucu. Maaf jika aku tidak dapat hadirkan diri ke majlis korang nanti. Ada tanggungjawabyang perlu aku selesaikan
[+/-] |
Jejak Ku di Tanjung Piai |
Maaf kerna lambat update kisah aku di johor hari tue. Dah seminggu juga aku kembali dari sana (sedangkan balik hari je).
Just nak share beberapa perkara sahaja. Untuk pengetahuan semua, saya tidak menjejak kaki langsung di tanah kecil Singapura seperti yang anda bayangkan di entry welcome to Singapore yang lepas.
Seperti yang ternyata di tajuk entry mahupun di gambar saya yang xde la hensem mane pun ini. Saya telah menjejak kaki ke Taman Negara Tanjung Piai.
kasihan juga melihat juru photo terpaksa menirap atas jalan semata-mata untuk menangkap gambar sayaRasanya ini kali ke-2 saya turun ke Johor. Last pun masa darjah 5 he...23x Insya'lah if tiada halangan saya akan turun hujung bulan nie untuk program sukarelawan univerrsity dan pada bulan 12 untuk program jelajah Malaysia PERNIM
Di sini anda boleh mendapati hp anda tidak mendapatan rangkaian perkhidmatan. Dan anda akan sentiasa mendapat sms bertubi2 seperti yang saya terima (Rangkaian Telekomunikasi Singapore yang hantar)
Sekadar maklumat tambahan buat rakan2 blogger
- Lagi seminggu saya akan menjalani peperiksaan
- Saya masih belum apply tempat praktikal
- Design logo kelab yang terbaru belum selesai (xde idea)
- Mak saya pula kena demam chikunkunya (Hari tue ayah yang kena)
[+/-] |
JJJ (Entry khas buat en_me) |
Salam buat semua pembaca setia blog ini. Maaf kerana membuat blog ini menjadi muram. Saya sendiri agak sibuk dengan jadual program dan jadual pembelajran saya.
Dikesempatan ini izinkan saya menulis entry khas buat bro en_me yang merupakan pelawat setia blog saya dan penulis blog yang mempunyai kateria sendiri dalam penulisannya.
JJJ kalau diikutkan dalam kamus dewan yang Insaf bermaksud Jutawan Jawa Johor. Gambar ini saya snap semasa dalam perjalanan ke tanjung piai untuk program Sukarelawan Turun Desa saya yang akan datang. Tertibe ternampak kereta yang mempunyai no plat begini (Time tue terus teringat pada bro en_me)
Punya kuatnya pengaruh blog bro en_me sampai mempengaruhi perbuatan saya pada hari itu. Apa2 pun kita doakan bro berjaya menyelongkar arkib negara dalam mencari apa yang bro nak.
Buat pembaca yang lain, harap maaf sebab lambat upload gambar kenangan saya sepanjang perjalanan saya di Johor. Buat Kak Bikash, gambar raya untuk entry sebelum ini baru sampai pada kita dalam minggu ini. Selamat sempat upload b4 syawal sampai ke penghujungnya
[+/-] |
Rakan Sekampung Raya Special |
Salam rakan-rakan blogger sekalian. Maaf sudah lama tidak update entry di blog nie. Maaf juga kerna tidak membuat kunjung balas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan. Lately agak bz sikit.
Di sini saya just nak berkongsi kisah rakan sekampung yang selama in i berjuang di bangku sekolah rendah.. tau2 masing merantau dan tidak sehaluan. Tapi alhamdulilalh dapat ditemukan semula di hari raya. (Ada x muka2 yang korang terkenal ke). Anda teka yang mana satu saya ek
Tahun ini merupakan tahun ketiga kami beraya bersama. Walaupun agak kurang meriah, kami masih lagi menunjukan ukhwah beraya bersama sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Setiap tahun ada sahaja cerita dan pengalaman yang dikongsi bersama. Dalam masa yang sama, kami dapat melihat perubahan yang berlaku didalam diri memasing dalam tempoh beberapa tahun
Azam (baju biru)
Sekarang agak bz berkerja dan menjalankan bisnes sendiri. Beliau bercadang ingin membuka perniagaan sendiri dalam tempoh 5 tahun.
Iwan (pakai kain)
Sekarang masih lagi mencari tempat untuk berkerja..hampir setahun menganggur. Kasihan la juga
Watie ( yang berbaju purple)
Insya'lah hujung tahun nie dia di risik. Dengan siapa?? entah la..Tapi rasa cam kenal je
Ida (yang wat peace kat tangan)
Tahun ini tahun terakhir kot dia beraya bersama kami. Tahun depan dia akan start praktikal di Tawau selama 2tahun kemudia die akan buka klinik sendiri (amin)
Piah (yang tengah)
Berkerja berpindah randah mengikut penaikan pangkat yang diterima.. Selalu offer kerja pada orang lain..tapi kena kerja di bawah dia (peh queen control tue) Insya'lah tahun depan kahwin.
Aku (dah tau ke yang mana satu)
Insya'lah akan meneruskan perjaungan dalam pelajaran, politik, perniagaan dan agenda masyarakat. Hope masih ada kisah aku didalam paper lagi.
p/s- update terbaru
- Saya agak bz bulan ini dgn 3 program besar kena jalankan. (insya'ah 2program masuk paper)
- Usul saya telah diterima oleh 3 menteri. Masih didalam perbincangan
- Blog ini ada terselit di dalam Bacaria
- Insya'lah praktikal saya terpaksa dipostpone
[+/-] |
Welcome to Singapore |
Make sure you always use TELKOMSEL's widest network and save up to 57% when you call fellow roamers within our network by dialing #0
Sender:
62811
Tak suka la dapat massage yang sama kandungan sampai penuh inbox ku ini
[+/-] |
Cucuk Mencucuk |
Semasa melalui blog en_me terlintas sekejab kenangan dulu2 semasa kne cucuk.
Ada sapa2 yang teringat berapa kali anda dicucuk utnuk imunisasi atau untuk kesihatan? (bukan kes tercucuk jarum time menjahit or kes jadi doktor sendiri- isap dadah la)
Rasanya kali pertama di cucuk sure tak ingat, tetapi ada satu flashback yang bermain difikiran semasa berumur 2tahun, mak bawak saya naik basikal ke klinik bidan (kampung ja) time tue suasana penuh dengan ibu2 yang ingin mendapat rawatan untuk mereka dan anak mereka.
Time nie la rasanya kita start takut jarum, sekali suntik dan start menangis. Tue cerita zaman budak2. Zaman sekolah pula rasanay masa darjah satu bertanding dengan rakan sekelas siapa yang berani kne inject dulu dan kita tengok siapa yang menangis. Kemudian masa darjah 6 dan tingkatan 3.
Tetapi kalau tidak salah, masa darjah satu saya pernah kne bius time nak first nak cabut gigi. Rasanya masa darjah 5, time nak berkhatan (tak leh nak lupa time nie, malu sih sume perempuan je, yang jantan hanya doktor-alamak kelakian aku telah dinodai arghhhhhh)
Kemudian masa tingkatan 5, time tue kepala berdarah terkena senjata time praktis untuk persembahan silat semasa hari guru peringkat sekolah. Yang trajisnya selamat doktor tak cucuk dulu (rupanya silap pesakit, kalau x lumpuh satu kaki ambo)
Dan akhir sekali, selepas tingkatan 6. Time tue berlaku luka dipergelangan tangan. 3 kaki cucuk kat urat. bebape jahit untuk menyambungkan urat yang hampir putus (arteri dah banyak yang putus) kemudian menjahit otot dan akhir sekali 7 jahitan untuk menyambungakn kulit. Tempoh pembedahan 3 jam. Time tue kita tengok sekali cam mana tangan kita dibedah. Gerun la jugak. Yang wat lama tempoh pembedahan tue bila doktor mengajak jururawat pelatih (cun2 n comey2 belako) sambil melihat proses sambil berlajar keadaan tangan yang tercedera
[+/-] |
Bila Pemimpin Berkata-Kata |
Jika dilihat dari caranya, bercakap sentiasa dengan penuh keyakinan. Gaya..?? Boleh la tahan. Mutu..?? Tidak pasti, tanya la kepada mereka yang mendengarnya. Keunggulan...?? Cukup dengan meliihat pada pencapaiannya.
Alhamdulillah, aku di beri kepercayaan untuk memberi kekuatan kepada pakatan yang akan bertanding untuk pilihanraya University. Walaupun ianya nampak seperti peristiwa Mantan Perdana Menteri mengkritik kerajaan yang akan dibentuk.
Dipihak saya, saya hanyalah penasihat bagi mereka yang bertanding. Cukuplah zaman saya sudah lama berlalu, elok kita serahkan kepada mereka yang masih muda untuk meneruskannya. Agenda saya masih panjang lagi. Insya'lah jika di izinkanNya, apa yang di impikan oleh orang lain akan tercapai sama. -Amin-