Naga mengaum?
Ops ye ke naga mengaum. Singa or Harimau de la. Kalau kucing sure la mengiow
Kalau naga mengaum, ada x yang pernah mendengarnya?? (Ye je naga wujud kat dunia nie)
Bayangkan la kalau naga mengaum, rasa2nya berapa kuatnya ngauman die ek?? Mau bergegar jugak la suasana sekelilingkan. Mau yang tertido pun boleh terjaga.
Masalah naga di dalam diri aku dah sampai tahap kritikal jugak nie. Boleh menganggu kehidupan orang disekelilingKata Member di Rumah sewa aku
Dengkuran terjadi apabila udara tidak boleh bebas keluar masuk melalui hidung dan mulut ketika tidur. Apabila tidur, otot di belakang mulut seperti lelangit, lidah dan tekak berehat.
"Woi naga dah start mengaum dah tue" sekadar menandakan aku ada di dalam bilik ku n aku tengah tido
Kata Mak aku pulak
"Malam2 mak tido xcukup tau, Tapi sekurang2nya mak tahu yang kamu tue tido"
Kata rakan2 satu ofice aku pulak
"Ish die nie... Kuat beno berdengkurnya" Cet jangan korang ingat aku xtau korang kutuk n gelakkan aku time aku terlelap semalam dalam ofis.
(Aku migrain n rehat sekejab... Malam tadi kul 10 baru balik....)
Kata2 rakan blogger
"Bro tido kuat gak berdengkur tue" Kata Eazy yang pernah lepak rumah aku
Anak buah ku pulak
Die tiru gaya aku tido sambil wat bunyi berdengkur (siap leh gelak2 lg tue)
Bagaimanapun, jika terlalu rehat, ia akan mengecil atau menyekat aliran udara. Apabila seseorang itu bernafas, lelangit dan anak tekak akan bergetar dan menghentak sesama sendiri sekali gus menghasilkan bunyi dengkuran.
Tonsil dan adenoids iaitu tisu yang terletak di belakang kerongkong juga akan bergetar dan semakin sempit laluan udara, semakin banyak tisu bergetar sekali gus menyebabkan dengkuran semakin kuat.
Pada kebiasaannya, dengkur adalah normal dan lebih banyak dikesan pada lelaki berbanding perempuan. Berdengkur ada kalanya disebabkan badan terlalu letih atau gemuk. Ada kalanya ia boleh ditangani dengan mengubah cara hidup seperti menurunkan berat badan atau berhenti merokok.
Onwer Blog ini Telah berpindah ke
www.broframestone.com
Harap Maklum
(Blog BeliBuy masih aktif, sudi2kan menjadi follower blog ini untuk mendapat update terbaru)
[+/-] |
Tatkala Naga Mengaum |
[+/-] |
Ku Mencari, Mu mencari |
Ku mencari.. ku mencari apakah yang korang carik..
Korang buat ku tersengih keseorangan..
Dalam blog sangsi..
Akhirnya begini..
Pertemuan tak kuduga..
He..23x korang rase lagu mane yang menjadi mangsa kerakusan aku kali ini. Korang cari la sendiri ek... Saja je nk ubah2 lirik lagu.. kot2 masyuk ke nnt
Berbalik pada story aku mengenai keyword yang aku jumpai dari nuffnang aku (sepatutnya dah lama aku publishkan entry ini. Cuma kekangan masa memperngaruhi semua.
If korang masih ingat lagi entry aku yang lepas2 mengenai search yg merapu aku jumpe di nuffnang aku. Kalau lupe ko leh check kat sini.
Pe2 if korang nampak hampir kesemua keyword yang digunakan adalah Anderson (sekolah aku tue).. Cuma keyword "seks ku dengan kekasih ku" entah la ada kaitan ke x dgn blog aku nie..tgh usha2 jugak. Tapi masih juga xnmpk
Entry yg berkaitan dengan Keyword Anderson
- 100 Tahun SMK Anderson, Ipoh
- SMK Anderson di hati ku
- Peringatan Raja Melayu
Pe2 pun aku berbangga coz my school be part of this movieDari hujung ke hujung pun mahu amik 15 minit berjalan kaki.. cet awat la kantin jauh sgt ha.. Tengahari pun selesa untuk tido dalam kelas.. Sejuk je.. Yang paling best.. Kalau ponteng kelas, jenuh cikgu nk round sekolah cari, sedangakn dok kelas sebelah je he..23x (aku x men la fly2 sekolah nie)
Tau x cerita apa nie?? Korang fikir2 la sendiri ek.. Pe2 pun mmg seronok bersekolah di SMK Anderson. Suasana tenang, nyaman and segar dengan tumbuhan yg menghijau termasuk kawasan sekolah yg terlalu lapang sangat.
P/s- Alu really bz hari nie..Maaf jika xsempat nk reply komen korang
[+/-] |
Earth, Sunway & Me (Bro Framestone) |
Assalamualikum wbt, Salam Sejahtera & Salam MasaBumi buat anda semua..!!
Harap2 korang dalam keadaan sihat dan ceria di hujung minggu (aku je yang xrelax hujung minggu nie, pagi nie de kelas pulak. Esok lepas subuh nk runner ke Perak terus masuk kerje)
Thank kepada u'll coz sudi meninggalkan komen di entry terbaru aku sebelum entry ini. Tanpa anda, maka sunyi blog ini.
Pe2 pun aku mintak maaf coz lambat reply message anda di shout box aku.. Terlalu ramai yg komen kat sana sampai xterjawab aku. Aku harapkan anda boleh tinggalkan pesanan di entry. If nak aku reply cepat la ek. (sekarang agak bz dengan kerja)
Maaf juga coz xberkesempatan melawat blog korang. Aku jarang ada di depan komp. Lagi2 nk dekat dengan Program International Conference bulan 4 nie, lagi banyak masa aku perlu luangkan untuk kerje (maybe terpaksa tido di office)
Berbalik kepada tajuk asal entry iniWhy Earth, Sunway & Me
He..23x dan segala2nya terjawab malam tadi. Kalau setakat KLCC je dok tutup semua lampu, baik xpayah la. Masih ada pihak yang tidak mahu terlibat sama dengan program ini.
Just nak tahu, malam td u'll ada terlibat x dengan program yang dok diperkatakan. Ala yang Earth Hour tue.. Jangan cakap xtau pulak (korang nie alien ke sampai xtau ape2 yangberlaku kat sekeliling korang) Ops tapi bukan alien hijo ek (sorry ek amer)
Kenapa Sunway..?? Malam tadi aku berada di Sunway, layan TalenTime (ada masa aku akan update mengenai cerita nie pada korang). Alang2 dah ada kat sunway, lepak dulu sampai pukul 8.30. Nak tengok berkesan x kempen ini pada masyarakat sini.
Dan kenapa aku..?? mesti la ada aku. Xkan nak cerita pasal orang lain kot. Xde la, juat nak menyatakan aku terlibat sama dengan program ini. Sampaikan flash kat kamera pun aku tutup coz nak menunjukkan yang aku prihatin dengan masalah ini (xde kne mengena pun)
Yang aku nampakHanya beberapa kedai sahaja yang sudi terlibat dengan program ini. Selebihnya..?? Korang fikir la sendiri. Tutup beberapa almpu pun boleh, xsalah pun. Sian kat insan2 yang kehulu kehilir memakai baju 60 Earth Hour.
Pe2 pun hang fikir la sendiri ek. Dosa lain2, Neraka pun lain2, tapi bala tuhan xkira sesiapa. Semua juga yang akan terasa.
Yang aku xtahan, ada jugak yang meng"HuHa" dengan persembahan yang bingit berserta jeritan. Sedangkan pada masa itu, terdengar2 jelas suara azan berkumandang di langit Sunway. Ops xpasal2 je kne panah petir jika dok kat sana he...23x (Masjid pun kalau xsalah aku terlibat sama dengan program ini)
Info TambahanKenapa tahun ini tarikh 28/3 dipilih untuk Earth Hour??
Sebab pada tarikh tersebut, Bumi berada paling hampir dengan Matahari dalam tempoh setahun.
[+/-] |
"Si Dia" buat Bro Framestone |
Dari insan hina seperti ku buat bidadari syurga untuk kuSelamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Ops terfeling di hari Jumaat pulak, hari ini genap berapa tahun ek syg. Ku sudah tidak bisa mengitung hari detik demi detik. Segalanya bermula pada tahun 2003 (wow lame jugak tue ek)
Thank coz hadir dalam hidupku, ko hadir seperti cahaya bulan yang menyinari kesunyian ku yang selalunya ditemani cengkerik2 malam (bukan kupu2 malam tau) yang rela dibuat umpan ikan oleh ayah ku (malam2 xleh senyap ke, orang nk tido) bela cengkerik pun untung pe..bisnes tue
Maaf tahun nie xde hadiah mahupun surprise buat mu seprti tahun2 sebelumnya.. duit gaji dah habis awal n fikiran dok fokus dengan international program lagi beberapa minggu nie..bersertakan asigment yg malas nk wat. Insya'lah lain kali ek syg. Xpun tgu la di lain punya lain kali ek. He..23x syg kan penyabar he..23x
Pe2 pun thank coz sudi menegur ku semasa aku tidak menyedari kewujudan mu sehingga berputiknya bunga di pokok kaktus (lame tul nk tgu pokok kaktus berbunga)
P/s- Maaf buat semua blogger yang dok tertanya2 selama nie. He..23x malam td dok selongkar komputer, just jumpa gambar ini je.. if nak gambar yang lebih mesra usha kat sini ek
[+/-] |
Pembangkang Di Entry Bro Framestone |
Sebenarnya bukan pembangkang yang aku maksudkan, tetapi pengkritik di blog aku nie...
Bukan mereka mengkritik blog atau cara penulisan aku.. Tetapi mengkritik pandangan dan ulasan aku di setiap entry. He..23x thank pada semua pengkritik.
Tanpa anda setiap entry ku terasa sunyi sepi. Tanpa anda tiada seri di blog ku. Tanpa anda kehidupan blog aku suram tanpa gelak ketawa. Tanpa anda tiada niat ku berblog.
Terima kasih aku ucapkan pada anda semua.
Jika aku tersinggung perasaan sesiapa di sini aku meminta maaf dan jika ada sesiapa yang terasa dengan aku, aku sudi meminta maaf kepadanya. Dan jika ada sesiapa yang membuat salah kepada aku, aku tetap memaafkan anda.Hope anda semua masih setia mengkritik di setiap entry blog ku
Cet... terfeeling pulak pagi nie,
Tanpa anda, tiada komen sebanyak 30-50 di setiap entry ku. Mungkin sekadar 5-10 sahaja. Itu pun mungkin komen kasihan dari anda buat ku he..23xP/s- Buat Miss Nuyui
Maaf sekiranya entry sebelum ini berbau agak kotor2 sikit. Tapi itu semua madah untuk anda fikirkan. Tiada gunanya kita menyembunyikan realiti dari pengetahuan semua.P/s- Buat Huda
Segala info dalam blog bro nie base on pengalaman dan realiti kehidupan yang bro pernah hadapi dan ketahui. Pe2 pun fikir2kan dan selamat beramal
[+/-] |
Paaannnnjjjaaaannnnngggggggg |
Tempoh kebosanan yang terlampau panjang
Ku tempuh tempoh hariku yang panjang
List kerje ku yang panjang berjela didepan ku
Ku menghitung perjalanan hidupku yang masih panjang (harap2 panjang la kan)
Aliff pun panjang jugak (penyanyi Singapore)
Awek2 kat sebelah nie pun panjang2 jugak lehernya.
Bagi lelaki pulak, jangan korang fikir korang punya tuuuttt panjang jugak he..23x (aku dah start merapu)
Tetapi dalam masa yang sama ramai jugak yangtidak berfikiran panjang
Tetapi yang betul2 aku perasan umat2 akhir zaman nie suka
tidak memanjangkan perjalanan hidup
tidak panjangkan masa bersama keluarga
tidak menetapkan matlamat jangka panjang
tidak reti bermain galah panjang (he..23x xde kne mengena pun)meletak nama anak panjang2 (trend orang skrg)
panjang akal (mencari helah)
panjang tangan (ops jgn korang ikut bnde yang xelok)
panjangkan tuutt (yang nie hati2 jgn sampai memudaratkan diri)
[+/-] |
LaksaMana Hang Framestone Serang Melaka |
This week aku akan menyerang Melaka Bandaraya Bersejarah. Ada sape2 kat sinie orang Melaka x?
Layak ke aku di panggil Laksamana?? Sure xlayaknye.. Tetapi aku layak memangil owner gerai laksa sambil bertanya, “Laksa mana ek?
Tang Hang2 tue.. Besa la kan.. kat belah2 utara nie, mudah je nk dapat gelaran Hang2. Pe2 pun Hang fakir la sendiri (khas buat Nabil)
Kenapa aku pilih Melaka?
Sebab destinasi ku seterusnya mmg ke Melaka. Aku tengah menyediakan 1000 tiket (sikit je tue, tapi jenuh nak cop satu2 nama aku) untuk diedarkan di Melaka.
Tiket ini untuk dijadikan pas masuk untuk menghadiri ceramah khas untuk mereka yang ingin mengubah cara hidup dan mula berjinak2 dengan perniagaan (perniagaan yang dijamin halal, tetapi jangan korang pulak menjadikan ianya haram)
Bertempat di Hotel Seri Malaysia pada 29th March ini. Sesiapa yang ingin hadiri perlu membawa tiket yang kami edarkan. Masuk percuma ja. Parking..?? yang itu aku kurang pasti.
Tetapi, bukan aku yang akan turun ke sana. Minggu ini bz sgt, so aku mintak rakan2 yang len edarkan tiket2 ini. Rasanya dalam 20k tiket akan diedarkan khas untuk warga negeri Melaka.
[+/-] |
Dia Pengikut Ku Ke-100 |
Alhamdulillah genap sudah 100 Followers di blog ini. Thank kepada Marzalina yang sudi menjadi yang ke-100. Tidak lupa juga kepada rakan2 yang lain..
Harap anda akan setia dengan rapuanku di blog ku ini...
[+/-] |
Who's Want To Be My 100th Follower |
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
Sedar tak sedar follower blog nie dah nak mencecah 100 orang. Tetapi siapakah yang ke 100 tue ek?? Pe pun kite nantikan la ekJust short entry je nie..
Really bz this week... Pe2 pun tahniah buat blog usang yang xde pe2 nie tetapi leh memiliki hampir 100 followes. Entah knpelah korang jadi follower sinie ek??
Buat follower setia, thank coz sudi mengomen di blog aku.. Usia blog ini hampir setahun walaupun aku sudah berblog lebih dari 2 tahun. Hope apa yang akmu merupakan di blog ini mampu membuat anda berfikir sejenak.
Happy weekend
[+/-] |
Bro Framestone Kepenatan |
Assalamualaikum Wbt & Salam Sejahtera
Ops aku pun manusia biasa jugak, bukan robot mahupun manusia super. Kekadang perlukan rehat jugak.
Setiap minggu masaku penuh dengan aktiviti dan kerjaya. Isnin hingga Jumaat confirm kat office. Kekadang balik lambat coz kerje xsiap ataupun ade urgent thing yang perlu diselesaikan before meeting pagi esok 9walaupun aku mengetahui tidak OT buat ku)
Sabtu Ahad sure aku berada di KL coz aku masih lagi berlajar. Sanggup drive dari Perak ke KL tiap2 minggu.
Sampaikan aku sendiri pernah mendapat komen di Friendster aku dari salah seorang blogger yang setia dengan blog aku.- hiks.. mgg nih blik mai kelana jaya lg ka? =P xD
Pe2 pun korang jangan risau, aku boleh menghadapinya. Cuma minggu nie agak pelik sedikit. Mungkin aku betul2 tidak tahan.
- hiks.. oooo... bro x rase cam fenat ke? xD
- ohoho... rase x fenat kot dah biase ulang alik.. xD
Semalam sebelum pergi solat Jumaat, aku sempat terlena dibawah meja (xde port len ke) dan petang tadi aku terlentang kepenatan selepas habis kelas. Rasanya aku tidur berdengkur tadi. Kuat jugak bunyinye
Sebab tue aku lambat mengupdate entry di blog ku.Sekadar tambahan, aku baru sahaja mengupdate salah satu blog ku. Layan je di PemimpinMuda Blog
[+/-] |
Bro Framestone Mencari Rezeki |
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Diharap anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera di pagi Jumaat nie.
Pagi2 dah hujan renyai, terasa malas pula mahu membuat kerje. Last2 update entry kat blog nie. khas untuk mereka yang tengah rajin membelek blog.
Sekadar entry bosan di pagi jumaat. Jika korang perasan, boleh dikatakn bulan nie aku paling rajin membuat entry. hampir 2entry dalam satu hari, berbanding aku dulu yang mengamalkan satu hari satu entry.
Tetapi masih ramai jugak yang sudi hadir dan memberi feedback kepada entry2 ku. Terharunya he..23x
Erm entry nie sepatutnya dah lama aku ingin masukkan. Tetapi kekurangan masa dan menunggu giliran untuk dikeluarkan (bunyi cam banyak je entry yang telah aku sediakan).He..23x
P/s- Sekarang musim hujan. Rezeki family agak terganggu sikit. Doakan kami murah rezeki
Nie gambar aku semasa mencari rezeki di ladang getah. Gambar ini di amik awal bulan 1 kot. Maaf la, gmbar nie aku kurang hensem sikit (memang tak hensem pun).
All Blue ek,
Sorry aku bukan penyokong Chelsea
Nie la salah satu punca rezeki family aku, selain ladang kelapa sawit n kebun2 seangkatan dengan nya.
Aku bukan selalu dapat turun, harapkan time cuti and aku xde kelas hari itu. Seksa jugak kerje sambil berlajar nie. Insya'lah tahun nie aku habis berlajar. Pe2 pun buat Eazy, Bro jarang terasa penat. Bila xde kerje baru terase penat
[+/-] |
Sikit-Sikit Bibik Jugak Yg Kena |
Assalamualaikum wbt 7 salam sejahtera
Just nak share story xde isi dengan u'll mengenai Bibik. Ops sebelum aku start merapu, moh usha gambar disebelah ini.
Nie ke gaya Bibik @ maid ek. Cam susah nak nampak sekarang nie. Ramai yang amik bibik dari golongan yang berusia. bibik muda pun ada, cuma xde la sekemas cam dalam gambar nie.
Kalau di ikutkan sejarah dulu, maid selalu di amik dari kalalangan melayu jugak sampai la nie baru amik dari indonesia. Kenapa jadi cam nie ek.
Ke sebab takut si suami terlayan or terfeeling dengan maid dorg kot. Memang ada kes cam nie
Tertibe teringat kat satu cerita yang selalu tersebar di blog2 mahupun di email2.Tuan : Kamu ke yang curi spender Cik Puan
Bibik : Tidak Tuan, Tuan pun tahu saya dak pakai spender
Tuan : Glurp..!! (ops kan dah kantoi)
NIe pulak cerita dari gelagat yang aku pernah jumpe or dengar dari rakan2 mahupun pengalaman akuSituasi 1
Tue yang kita nampak yang kita xnampak
Air tumpah, si abg g mengelap air yang tumpah
tertibe si adik menjerit, "Mak..!! Sejak bila ada bibik baru nie?"
Situasi 2
Mak menyuruh anak perempuannya mencuci pinggan
Si anak menjawab, "Kita bukan bibik nak basuh2 pinggan ini"Situasi 3
Fikir2kan dan selamat beramal
Si cucu menyuruh neneknya mengemas sisa makanannya dengan bercakap dengan nada lantang " Bibik..!! kemas meja makan nie" betul2 di depan ibubapanya, sedangkn si tua yang digelar bibik hanya mampu menitiskan air mata
Ops nie sekadar tambahan, petang semlam semasa aku keluar dengan pegawai ku ke bazar pesta convo. Aku terdengar perbualan dari mak kepada anak2nyaAnak: Mak, xnak beli pe2 ke
Ops xde alasan len ke nk bagi ek he..23x
Mak : Xde bnde pun nk beli
Anak: Habis kenapa mak datang sinie
Mak : Bukan mak yang nak beli, Bibik je yang nak beli kat sinie
[+/-] |
Bro Framestone Ingin Berpolitik Semula |
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera
Maaf entry kali ini berbau politik. If kurang berminat, xpayah la baca. Ini sekadar renungan dan jangan menganggap blog ini berunsur politik.
Pe2 pun aku sendiri tidak menyukai sesiapa bersembang mengenai politik di blog ku. kali ini cuma sekadar berkongsi cerita.Baru2 ini aku dapat task untuk membuat latihan similusi pilihanraya. Yang terlibat hanya 30 orang. Aku di pilih menjadi calon untuk bertanding bagi DUN dan Parlimen tuuutttt.
Dari sini aku dapat melihat situasi politik sekarang.
Hanya dua calon diutarakan untuk bertanding, Kami menyediakan manifesto pilihanraya dan mula berkempen dgn bantuan beberapa orang kuat. Segalanya untuk memancing undi. Calon yang dipilih adalah aku selaku salah seorang yang lama bergerak aktif dan seorang yang baru berjinak2 di dalam politik.
Keputusan undi pilihanraya agak mengecewakan aku. Terdapat perbezaan
- 2 undi bagi Dun
- 1 undi bagi ParlimenKebanyakan orang lebih memberi perhatian kepada muka baru yang mungkin akan membawa perubahan kepada politik negara.
P/s- Aku tidak tahu akan berpolitik semula atau tidak. Masih menunggu masa yang sesuai untuk memberi kata putus kepada mereka.
Mereka yang terserlah krebiliti belum tentu dapat meraih undi dari pengikut mereka dari pilihanraya dulu.
Ops tue sahaja.. Yang lain adalah rahsia (cik peanut jangan marah ek
Doakan aku jauh dari kancah politik yang boleh menjatuhkan aku.- Amin-
[+/-] |
Tuutttt Punya Hackers |
Sorry bz sikit petang nie,
Sakit hati pun ade. Xpe la kan. Aku banyakkan bersabar je. Xde kerje lain ke selain nak menyusahkan orang.
Aku xtau la siapa yang rajin menghack system laman website aku nie. Sampaikan nak login pun tidak boleh.
Dah la banyak benda aku nk upload hari ini, coz benda nie esok perlu dibawa meeting.
Semua system down petang nie. Terunner jugak aku ke ICT. Kalau sekangkang kera xpe la jugak.
Xpe, sabo la ek.. Tgu la aku khatam ilmu IT2 nie. Lepas nie turn aku pulak hack korang he..23x (if aku dapat detect sape punya angkara la kan.
Mesti korang nak tahu ape yang terjadi sebenarnye kanAku sekarang sedang menjaga dan membangunkan website untuk department centre aku nie. website yang selalu di update adalah website khas untuk International Conference bulan 4 nie (tgl beberapa minggu je lagi)
Aku mahu balik. Xlarat dah.. berhari2 tido awal
Any information atau ingin mendaftar perlu melalui website ini. So semua data akn dimasukkan ke dalam database untuk diguna pakai semasa menguruskan pendaftaran peserta semasa program ini.
Ops tue je yang kau leh bagitahu..selebihnya rahsia, coz penyertaan dan vip yang dijemput kebanyakan dari negara yang **TuuuTTT** So segala security atau maklumat dirahsiakan. Takut berlaku sebarang perkara yang tidak dikehendaki
[+/-] |
Meet Bro Framestone @ One Utama |
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera
Last week beberapa pelawat setia teratak usangku, sudi meluangkan masa dan duit (tipu la kalau jumpa xkeluar duit kan) untuk ber“gathering” dengan aku.
Plan gathering kecil2an nie dah lama dirancang cuma belum ada masa yang sesuai. Tertibe aku melihat ada kekosongan dalam jadual kehidupan aku as student+pekerja makan gaji (tgu la aku jd CEO, xmen la makan gaji time tue).
So aku tetapkan perjumpaan dan bertanya siapa yang boleh terlibat. Ramai juga yang ku jemput dari meletak annulment di entry ku sampai la ke komen2 blog yang selalu aku lawati. Walaupun masa agak suntuk, ramai jugak yang memberi feedback walaupun tidak kesampaian untuk terlibat sama.
Akhirnya, hanya- Atie
yang free and sudi keluar bersama aku. Harap lain kali rakan-rakan yang lain sudi join sama ek.
- Eazy
- Elle
Maaf tak banyak gambar yang aku tempek kat entry nie. Besa la bukan kamera aku kan he…23x Aku just nak Tanya dengan korang
Dalam gambar diatas- Siapa yang banyak memenuhi ruang didalam gambar
He..23x jawab jangan tak jawab.
- Siapa memiliki senyuman yang manis (Cik Manis xterlibat ek)
- Siapa yang agak gile2 sikit
Pe2 pun byk aktiviti yang dapat kami nikmati bersama2- Breakfast merangkap Lunch di KFC
Dan dari sini ada beberapa perancangan akan dijalankan (insya'lah)
- Menontong wayang bersama2 di GSC
- Berdiskusi mengenai alam blogger
- Merancang sesuatu dari blog
- Perancangan wat gathering untuk para bloggers
- Berkongsi idea memantapkan cara penulisan di blog- Menghadiri perkahwinan Kak Mala
Insya'lah, ini semua apa yang kami perolehi semasa berjumpa. Mungkin dilain masa ade agenda yang kami bincangkan akan kami masukkan di dalam blog kami. Pe2 pun zaaassshhh Layan...!!!
- Layan Movie Talentime (wat kat sekolah aku tue)
- Menyerang Along Arman di Ganu.
[+/-] |
Meeting Meeting Meeting..!! |
Assalamualikum wbt
He..23x sambungan dari entry pagi td. Maaf hari nie entry semua bosan2. Kekurangan masa.
Aku baru je balik dari meeting kat cyberjaya. Aku kne gantikan Tuan Pengarah. Cet, notis pun 24 minit je. Dah la ade kerje yang belum disiapkan.
Meeting kul 10, kul 9.50pg baru gerak dari Perak g sane. Aku mintak driver bawak laju. Alhamdulillah sampai jugak.
Ramai lagi yang belum sampai. Bila aku tengok list yang datang, sume pangkat tinggi2. Ada dato' datuk datin dari JPM la, KEKWA la, PDRM la.. walaupun kelompok meeting kecik je.
Nie sub-meeting dari Meeting petang semalam dengan Datin Paduka Seri Rosmah. Untuk program International Conference bulan 4 nie. Aku pun tak pasti aku akan terlibat atau tidak. Sebab aku dalm proses memohon jawatan lain di jabatan lain.Doa2kan la ek
[+/-] |
Gagal SPM, Bukan Gagal Selama2nya |
Assalamualaikum Wbt & salam sejahtera
Entry ini khas buat mereka yang telah memperolehi keputusan SPM mahupun STPM @ STAM baru2 ini. tahniah buat yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya, masa depan anda masih menunggu anda. Tidak terlewat untuk anda memperbaiki diri anda.
Bagi mereka yang mengalami tamparan hebat dari keluarga, sahabat mahupun orang luar. Jangan jadikan result anda sebagai alasan untuk anda kehilangan kehidupan mahupun senyuman yang sentiasa terukir di bibirmu
Jangan pulak dok menonggeng dalam bilik. Sms mahupun pangillan tidak dilayan. Memendam perasaan dan malu meluahkan masalah anda pada sesiapa walaupun mereka merupakan insan yang terapat dengan kamu
Sekurang2nya anda jangan malu dengan jumlah A yang anda perolehi. Kalau setakat A untuk mata pelajaran biasa2 seperti lukisan @ tasauf, elok rasanya anda tidak perlu membangga diri.
Setakat A SPM, elok rasanya kumpul A semasa di kolej mahupun Universiti. Ia lagi menjamin kecemerlangan di dalam pengajian anda.
Tetapi sedar @ x, selama ini bnde ini berlaku dan bakal berlaku dalam kehidupana anda? Cuba anda renungkan seketika6 Tahun - Hari ini berlajar apa?
7 Tahun - No berapa dalam kelas?
11 Tahun - Dah sunat belum?
12 Tahun - UPSR berapa A?
13 Tahun - Sekolah mana sekarang?15 Tahun - PMR berapa A?
16 Tahun - Amik aliran apa sekrang ini?
17 Tahun - Dah habis khatam study SPM lum?
18 Tahun - SPM berapa A, dah amik lesen belum?19 Tahun - Ko kat mana sekarang nie?
22 Tahun - Ko pointer berapa ek?
23 Tahun - Dah habis berlajar belum nie?
24 Tahun - Kerje mane ek sekarang?27 Tahun - Dah kahwin belum?
30 Tahun - Dah berapa orang anak dah?? (psstt isteri brpe skrg he..23x)
35 Tahun - Jawatan apa ko sekarang ek?40 Tahun - Anak ko dah berlajar mane ek?
45 Tahun - Dah muda ko skrg (tertibe je jd awet muda)
55 Tahun - Dah pencen lum56 Tahun - Anak ko dah khwin lum (cdg nk jodohkan dengan anak aku)
Dari kes yang aku nyatakan disini. Berapa kali oarang bertanya mengenai result SPM?? So jangan jadikan SPM anda sebagai alasan untuk anda berputus asa. Masih banyak lagi yang perlu anda kecapi dan capai dalm kehidupan kita yang terlalu singkat ini
60 Tahun - Cucu ko dah berape skrg ek
80 Tahun - Ko kat pusat mana ek (Pusat kebajikan Orang Tua-- kes terpencir ek.. harap tidak kena kat korang)
Pesan dari aku buat semua, Dari Meja Kaunselor masih sudi mendengar permasalahan anda
[+/-] |
Adakah Anda Pengikut Hantu Ku |
Assalamualikum wbt dan salam sejahtera
Sebelum aku bergerak dengan bloggers len layan wayang DragonBall. Aku rasa tergerak hati membuat entry di hari minggu setelah menyiapkan assigemnt dalam tempoh beberapa jam (aku suke wat kerje last minute tapi mantap)
Entry ini khas buat follower (bukan setan kuning kat sebelah nie) blog BeliBuy yang semakin bertambah dari hari ke hari, belum termasuk yang follow secara senyap2 (thank coz sudi menyokong aku)
Aku perasan ramai jugak follower di blog ini sedikit pun tidak mengikuti entry yang aku buat. Kekadang terfikir kepana mereka menjadi follower ku. Yang xtahan if dorang follow aku semata2 nak aku memollow dorang. (korang mesti pernah terkena kan..??)
Adakah mereka nie follower hantu blog ini. Risau jugak aku, cam iklan digi pulak " I'm Follow You". Cet, xkan la menjadi pengikut hantu yang sedikit pun tidak mengambil tahu update aku aku di sini. Kecewa aku he..23x
Komen di entry aku selalu dapat dalam 30-50 termasuk feedback dari aku he..23x hampir begitu jugak dengan mereka yang mempunyai follower lebih dari 100-200.
Tetapi ada jugak follower yang suke meletak gambar mereka yang cun2 n lawa untuk menarik org datang ke blog mereka. Ops tetapi ada jugak yang meletakkan gambar orang lain he..23xTak kisah la kan. Asalkan bukan pakai gambar orang lain.
Yang aku heran ade jugak lelaki yang buh gambar perempuan. Nak cari publisiti ke?? Pe2 je la kan.. Asalkan korang bahagia
Thank aku ucapkan kepada follower setia di blog iniEazy
Maaf jika nama anda tertinggal
Cik Peanut
Kak Izan
Kak Tie
Huda
Mr Naz
Cik Yana
Syazrea
Bro_me
Along Arman
BiBie
P/s- Ok aku nk keluar layan DragonBall dengan blogger yang lain.
[+/-] |
Cet!! Tertibe Aku Terlayan Hindustan Pulak |
Petang2 Sabtu nie aku tertibe terlayan pulak cite hindustan. Kalau Kak Bikash tahu nie mahu die gelakan aku he...23x
Aku rasa cite nie not bad la.. Aku rasa hritik roshan berlakon mmg mantap. Aku rasa kalau die berlakon jadi Son Goku dalam cerita DragonBall pun ok. Entah la ade ke x insan2 kat sini tengok cerita Krrish nie.
Kalau ikutkan cerita nie sambungan dari cerita sebelum nie. Aku xpasti pe nama tajuk cerita tue. Tak sia2 aku dok depan tv tadi.
Pe2 pun aku nak confirmkan balik sape yang leh join layan DragonBall esok di One Utama. Buat masa sekarang hanya- Atie
Bagaimana pula dengan yang lain
- Eazy
- Elle (Aku akan amik di stesyen Kelana Jaya)
- Dba (Insya'lah malam nie die bagitahu)
[+/-] |
Jom layan DragonBall Dengan Aku |
Super Saiya!!
Ops dalam cerita nie xde lagi super saiya (next movie kot.
Aku maybe minggu nie bercadang nak tengok cerita nie kat wayang. If xpun aku download je dari internet.
Aku belum tentukan tempat lagi. Maybe aku akan layan di Sunway Pyramid or One Utama. Tempat2 len aku kurang berkenan.
If ada sapa2 yang nak join bagitahu awal2 ek. Tapi pastikan anda di dalam kawasan yang sama waktu dengan kawasan ku (Kalau kat Perak ke, Ganu ke or Sarawak ke xpayah la nak join ek)
Masa yang aku tengok maybe pagi kot. Kot2 tiket habis leh book yang petang. Malas nk book pakai sms, kekadang dorg ettap jugak xsimpan tiket tue (45 minit b4 wayang start)
Antara Blogger yang sudah meng"confirm"kan yang nak join:-- Atie
Dah lame aku xwat bnde2 nie kan.. Erm bagi yang terjarang masuk blog nie. Layan2 la entry yang lepas:-
- Eazy
- Elle (Tengah mencari transport)
- Tahniah Buat Adik ku SPM 2008
- Bro Framestone Ada E-Book
- Dari Meja Kaunselor
- Gambar Bro Framestone Yang X Hensem
- My Project Paper for International Conference
Wow bulan ini aku rasa aku rajin wat entry huhuuh terutama entry yang merapu
[+/-] |
Pagi2 Jumaat Dah Search Bukan2 |
Assalamaualikum wbt & salam sejahtera.
Waduh sudah jumaat rupanya. He..23x Bukan aku tidak menyukai Jumaat seperti orang lain yang menunggu Jumaat semata2 hari yang masa kerjanya singkat dan esoknya Sabtu (cuti he..23x)
Jumaat ku sama seperti jumaat sebelum ini. Lepas kerja terus runner ke KL (dari Perak) coz esok pagi aku ada kelas. Lepas kelas aku terus ke Melaka (balik hari je)
Turun pun hanya mempromosikan event ceramah untuk yang berminat dengan bisnes yang aku wat. (dah tempah Hotel Seri Malaysia)
Ahad pagi aku de kelas lg he..23x
Ok abaikan ape yang aku merapu tadi. Kita berbalik pada topik hari ini. Aku check nuffnang aku, dan menjumpai benda ala in. Cis pagi2 Jumaat korang search benda cam nie. Cam teruk benor blog aku nie.Untuk pengetahuan semua, Blog aku hanya menulis mengenai
Buat masa sekarang, aku tengah fokus pada projek terbaru aku.
- Kehidupan aku (walaupun tidak banyak)
- Sesuatu yang ingin aku kongsi bersama
- Topik yang menarik untuk dibincang
- Info terbaru
- Tips yang datang dari pengalaman dan buah fikiran sendiri
Terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang sudi mengomen ebook aku sebelum ianya dilancarkan dalam masa terdekat, terutama kepada1- Mr Naz
2- Pingu
3- Reezluv
4- Hafiz
5- marzalina
6- Taukey
[+/-] |
Tahniah Buat Adik ku SPM 2008 |
Asslamualaikum wbt dan salam sejahtera
Pagi ini akan di umumkan result SPM 2008. Mesti ramai yang berada diluar sana berdebar2. Pe2 pun tarik nafas dan tenangkan fikiran.
Nak gabra pun xde guna. Sebab semuanya sudah dicetak. Hanya perlu bertawakal je. Datang dengan penuh ketenangan. Jangan terlalu risau. Xpasal2 terpitam pulak masa nak amik result nanti.
Aku ingin mengucapkan tahniah buat blogger2 yang mengambil SPM tahun 2008 terutama buat mereka yang ku kenali:-
- Amoi
- Husna
Hari ini adik aku yang merupakan calon SPM 2008 akan mengambil result. Petang semalam Family aku turun ke UTP untuk mengambil beliau.Bagi yang belum pernah melihat beliau, nie ha muka adik aku. Gambar ini diambil semasa beliau menjadi pengarah program untuk aktiviti masyarakat dari Universiti Teknologi Petronas.
Tahniah buat beliau kerana berjaya mendapatSo dengan result ini membolehkan beliau mendapat tajaan sepenuhnya oleh Petronas. Muda2 lagi dah dapat wat Ijazah ek (baru 17 tahun je) Rezeki kamu la tue kan.
10A & 2B
Bagi mereka yang mempunyai masalah untuk menentukan hala tuju selepas melihat result anda. Anda boleh hubungi Meja Kaunselor kami untuk meminta pendapat.
Pe2 pun hari ini keluar cerita DragonBall. Layan je la.. Super Saiya
[+/-] |
Meja Kaunselor Need Improvement |
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Terima Kasih buat rakan2 yang sudi meng"review" Ebook yang bakal aku lancarkan insya'lah dalam masa terdekat. cuma review dari anda dapat menolong memeperbaiki kelemahan yang ada pada ebook ini. walaupun ianya merupakan free ebook. Kualiti mengambarkan krebabiliti saya sebagai penulis dan pencetus idea untuk ebook ini.
Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada:-
1- Mr NazBerbalik pada topik, ianya berkaitan dengan projek Dari Meja Kaunselor yang pernah aku nyatakan sebelum ini. Jika anda sudi memberi bantuan sila ke blog nie di
2- Pingu
3- Reezluv
4- Hafiz
5- marzalina
http://darimejakaunselor.blogspot.comsekadar tambahan
Aku dah tahu result SPM adik aku yang berjaya memasuki UTP mengunakan result trail. Tahniah abg ucapakn. Ingin tahu anda boleh pergi ke sini atau ke situ.Esok result SPM keluar. Tahniah buat yang mendapat result terbaik. Bagi yang kurang bernasib baik, jangan anggap ianya penamat bagi anda. Jika anda mempunyai sebarang permasalahan dan ingin bertanya pendapat boleh hubungi saya di sini.
[+/-] |
Bro Framestone Ada E-Book |
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera
Entry kali ini ringkas sahaja. Sekadar ingin meminta pendapat dari rakan2 mengenai E-Book yang bakal saya keluarkan dalam masa terdekat.
E-Book ini datang dari cetusan idea dan keinginan untuk dikongsikan bersama anda. Jika ada apa2 kekurangan sila hubungi saya.
Fail ini belum lagi di upload. Insya'lah ianya akan di hostkan di hosting MalayaOnline.
Jika berminat untuk menolong saya memperbaiki E-Book ini sila email kepada saya di
kza1105@gmail.com
Untuk renungan bersamaFikir2kan dan selamat beramal
Tiada mana-mana ahli perniagaan berniat menipu pelanggannya
Kecuali Pelanggannya merasakan mereka terTIPU.
P/s- thank untuk mereka yang sudi memberi pendapat dan pandangan:-
- Mr Naz
[+/-] |
Setan Datang Kepada Ku |
Assalamualaikum Wbt & Salam sejahtera
Selamat kembali bertugas dan berkuliah kepada yang bercuti semalam iaitu hari Isnin kerna sambutan Maulidur Rasul. Bagi yang setiasa bercuti harap enjoy la cuti ek. Result Exam dah nak kuar dah nie
Aku seperti biasa awal2 pagi sudah kembali ke Perak. Coz hari ini berkerja.
Sebelum balik sempat juga aku sms family bertanya kat Perak hujan x? sebab kalau hujang aku malas nak balik. Tak suka drive dalam hujan. Family aku cakap X, So aku dengan malasnya mendrivekan diri balik ke Perak.
Sekali masuk highway sampai ke Sg buluh. Peh hujan lebat. Aku ingatkan area sini sahaja coz ada beberapa kawasan tidak basah. Sekali sampai Tg malim hujan la. Peh bahaya sih, Pe2 pun alhamdulillah sampai juga aku ke rumah
Sampai aku ke rumah, Mak aku memberitahu ade awek bagi surat (awek?? Peh sape la kan) Bapak aku ke surau time tue coz ade sambutan Maulidur Rasul.
Belek punye belek dah tahu dah siapa pengirimnya. Siap buh no tepon lagi. Takut tukang postmen xjumpa rumah aku so leh kol pengirimnya.
Aku pun kol la no tue. Kali pertam tidak diangkat. So aku tgu la dalam 15minit (mana la tahu kot2 mandi ke kan) So masa kali ke-2 kol die angkat.Aku :- Hello
Dia :- Hello, siapa nie? (suara mamai)
Aku :- Xkan la tak kenal insan yang hensem lagi macho ini
Dia :- Siapa nie, jangan la memainAku :- Nie Cik Peanut ke?
Dia :- Ye, Nie siapa ek?
Aku :- Nie En Kacang la
Dia :- La, kacang mana pulak nie
Aku :- Kacang yang sedap dimakanDia :- Jangan la main2
Topik perbualan seterusnya tidak boleh didedahkan. Takut memalukan Cik Peanut yang sudi memberi hadiah kepada ku (ayat bodek nak hadiah lagi). Pe2 pun tetap ada kaitan dengan Entry sebelum ini. he..23x jangan marah Noh
Aku :- Nie bro la, kenal x??
Dia :- Bro Framestone ek?
Aku :- Yup bro nie, baru je sampai Perak, hadiah tue dah sampai dah. Thank ek
Dia :- Welcome
Aku :- Nie dah pukul berapa dah nie. G mangun mandi
Gambar aku Curik Bulat dari Blog Along ArmanSebab apa aku cakap "Setan Datang Kepada Ku"
Ini kerna aku mendapat patung ala2 cam patung yang Along terima, Cuma berwarnekan merah and mmg nampak sebijik setan.. Mungkin sesuai untuk aku yang kurang meminati Red Devil.
Sorry xde kemera.. Tue pasal cilok gambar dari Along
[+/-] |
Terima Kasih To All Pengikut Ku |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pe2 pun Salam Maulidur Rasul buat semua. Sedekahkan Al-fatihah buat Nabi junjungan kita Rasulullah SAW. Begitu juga kepada ahli keluarganya, sahabat baginda dan juga pengikutnya yang memperjuangkan agama Islam
Bila aku tersebut perkataan pengikut, tertiba terdetik di hatiku untuk menyatakan sesutau kepada pengikut2ku (bukan pengikut ajaran sesat ek). Terutama pengikut aliran politik ku (maaf aku hendak berehat seketika.
Tidak ku lupa kepada Arwah Wanda selaku teman2 ku dari indonesia yang banyak membantuku mengeratkan hubungan Internotional bersama beberapa negara dan menjadi pengikut dan orang kuat di belakang ku. (Al-fatihah buat arwah Wanda 15/3/1986~14/3/2008)
Terima kasih kerna sudi sedekahkan Al-fatihah,
Tidak lupa juga aku ingin ucapkan terima kasih kepada Follower blog BeliBuy selaku blog rasmi aku selepas aku meninggalkan blog lama ku.
Tidak ku sangka sudah mencecah 80 follower. Thank buat semua.
Kasihan buat Ana yang menjadi follower ke-80 tetapi tertiba jatuh ke 79 (takpe bukan rezeki kamu) Dan Along Arman menjadi yg ke-80 (eh tgu no 80 ke cik kak)Pesanan buat Follower aku
Tidak ku lupakan juga kepada rakan2 yang sudi memberi sokongan untuk projek aku yang baru bermula "Dari Meja Kaunselor" dan sudi menjadi Follwer untuk projek ini.
- Rajin2 la melawat blog ini, aku sentiasa update
- Kalau dah terlawat tue tinggalkan la komen kat entry
- Insya'lah aku sendiri akan mengunjungi blog kamu walaupun aku bukan follower kamu
- Jangan paksa ku menjadi follower kamu
- Ingatlah kesudahan yang baik adalah untuk orang2 yang bertakwa.
[+/-] |
Dari Meja Kaunselor |
Assalamualikum Wbt dan salam sejahtera
Wow..!! ramai jugak yang bercadang nak usha filem DragonBall di entry lepas. Boleh la kite wat gathering sambil menonton cerita nie. Tetapi xtau bile free dapat wat cam tue.
Petang nie, aku maybe ke Sunway Pyramid. Lapo so lunch sane. If ade sape2 yang ke sane, roger2 la aku ek.
Entry kali ini ringkas sahaja. Aku telah develop satu blog yang mengumpulkan permasalahan yang pernah diluahkan kepada aku. Disini aku sertakan sedikit tip untuk rakan2 yang lain. Mungkin anda juga menghadapai permasalahan yang lebih kurang sama.
Sekiranya anda menghadapi sebarang permasalahan boleh hubungi saya di sini. Jangan risau, identity anda akan dirahsiakan (seeloknya letak nama samaran).
Perkara yang tidak perlu anda risau
- Identity anda adalah rahsia
- Hanya yang perlu sahaja didedahkan di blog
- Setiap komen dari rakan2 blog akan dimonitor sepenuhnya.
- Email balasan akan diberikan untuk pengetahuan anda.
- Anda tidak akan diburukkan oleh saya
- Saya tidak akan berat sebelah
Yang pentingp/s- Setiap masalah ada penyelesaian, cuma cara penyelesaian yang mana yang akan gunakan. Seeloknya biar dapat pandangan dari beberapa pihak dari membuat keputusan sendiri yang mungkin memakan diri.
- Penyelesaian diperolehi (cuma bergantung pada masa dan keadaan)
- Harap ianya menjadi panduan pada rakan2 yang lain.
- Jangan malu dengan saya. Saya pun bukannya perfect sangat
[+/-] |
DragonBall Evolution |
Super Saiya!!!
Just kidding, Just nak bawa kelainan pada entry ini, rasanya dah 2 entry more kepada kerohanian iaitu ini dan itu.
Tidak lupa juga untuk entry mengenai aku yang xhensem dan agak interframe (ops jangan baca jika anda seorg yg kaki jeles) dan juga entry "korang" yang terlampau.
Pe2 pun thank untuk rakan2 yang sudi add aku dalam MukaBuku. dalam tempoh 24jam aku sudah memiliki 20 orang rakan. Cuma dari kalangan kaki blog hanya beberapa orang sahaja.
So kali ini aku ingin membawa Evolution kepada entry ini. Bukan aku nk ubahsuai or tukar konsep aku yang suke berblog ini. Cuma membawa kepada anda DragonBall Evolution.
Dah lama aku ingin berkongsi dengan korang pasal filem ini. Rasanya dari tahun lepas. Cuma tidak kesampaian. Kalau x salah aku dalam beberapa minggu lagi filem ini akan disiarkan.
Insya'lah sekiranya mempunyai masa dan dimurahkan rezeki aku akan menontonnya di pawagam berdekatan (rasanya kat Sunway Pyramid kot - senang nak cari parking) So pesanan wat rakan bloggerku eazy --> leh je if ko nak ajak aku tengok, tapi tiket bayar sendiri n pop corn dan seangkatan dengannya he..23x
Nie salah satu babak yang aku sempat review. Agak kelakar jugak, ianya merupakan babak pertama kali Goku berjumpa dengan Master Roshi (Ala datuk Kame yang pakai cengkerang penyu kat belakang tue)
Anyway aku nak sahre some information dengan u'll mengenai filem iniAkira Toriyama
Rasanya Mungkin akan ada filem susulan cerita DragonBall nie
As pelukis Manga Dragon Ball sendiri terkejut semasa pertama kali melihat preview filem ini untuk pertama kalinya. Beliau bukan terkejut kerna Computer Graphic yang mengeboom dalam filem ini. Cuma Beliau tidak menyangka ianya lari dari jalan cerita asal Dragon Ball. But that are evolution right.
For those who really kipas susah mati Dragon Ball better watch this movie. But for those mmg fanatik dengan Dragon Ball jangan pulak korang boikot cerita ini coz lari dari jalan cerita sebenar. Kadangkala kita kne terima sesuatu kelainan
Untuk pengetahuan korang mengenai akuKalau xsalah aku, aku ada mengumpul komik DragonBall dari isu 1st sampai akhir. Cuma DragonBall GT je aku xkumpul. Tapi entah mane komik tue. Coz dulu ade orang curi komik2 aku. Sakit hati betul (coz mak aku leh pulak susun kat rak kat luar rumah) Totol coz kehilangan komik dalam RM 100++, bukan sikit.. byk tue
Ada x sesiapa kat sinie layan Dragonball AF (salah satu komik yang bukan Akira Toriyama lukis tetapi peminat die.
Cerita DragonBall ini sebenarnya mengingatkan aku pada lawak bodoh rakan2 ku duluRkn :- Ko nak tahu x!!
Kame Hame Haaaaaaa!!!!!!
Aku :- Tahu ape??
Rkn :- Sebenarnye.. err shhh ko jangan bagtau sape (dalam nada berbisik)
Aku :- Sebenarnye ape??
Rkn :- Sebenarnye, DragonBall ada 7 bijik semuanya
Aku :- tuuuttttt (bahasa telah di sensorkan)
[+/-] |
Moh Sembahyang Jumaat..!! |
Assalamualikum wbt
Di harap anda berada dalam keadaan sihat walafiat di hari Jumaat ini. Sekdar entry ringkas untuk mereka yang bersembahyang jumaat.
Bagi mereka yang sekadar sembahyang zohor hari ini..Anda perlu juga amik tau serba sedikit pahal hal2 kami yang pergi sembahyang Jumaat nie.
Bagi mereka yang xsmyg (kecuali non-muslim) tue korang fikir2 la sendiri ek. Dosa korang jugak yang simpan. If aku xtegur. dapat pulak overriding dari korang pulak (dah macam MLM la pulak).Waktu rehat hari Jumaat
Bagi aku, aku sellau kuar dari pejabat dalam 1.10pm untuk g masjid. (Kuar awal pun nk wat ape kan. Leh gak lepak2 dulu layan2 blog) Selepas solat baru aku g lunch kat medan selera yang berdekatan sesambil menunggu aliran traffic kembali lancar (Peh sesak siot). Dah la parking kat tengah2 panas.
12.15pm to 2.45pm ( 2 1/2 hours)
wow lame tue kan.. (tue kat tempat kerje aku la kan, tempat korang aku xtau kul berape). Ape ek yang korang buat dalam tempoh waktu yang lama tue ek??
Pe2 pun aku on time masuk office walaupun kekdg nk dekat kul 3pm.Sekadar tambahan,
Ops korang rase la kan.. Pe yang korang leh gambarkan dari gambar yang aku tempek dalam blog nie
Aku kat masjid selalu dok kat belakang je.. Nanti lepas solat senang nk cabut n selipar aku xhilang (kasut awal2 dah tgl dalam kereta)
Fikir2kan dan selamat menjalankan ibadah
[+/-] |
Aku di FaceBook Kan |
Aku sudah mempunyai facebook..!!!Meh Add aku di FaceBook Bro Framestone.
So kepada sesiapa yang ada FaceBook. Add2 la ek
Aku mahu tukar nama kepada Bro Framestone. Tetapi dorang cakap not valid name. Cam hape je. Tiada kebebasan langsung.
p/s- ada sesiapa nak ajar aku pakai facebook x?? cam kurang menarik je berbanding friendster
[+/-] |
Sejenak Lu Fikir La Sendiri |
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Ku ucapkan kepada semua pelawat setia teratak usang ku ini. Tidak lupa juga kepada mereka yang sudi menterjah ke sini. Bagi yang rajin men"spam" pula. Harap korang reti la baca pe yang aku tulis nie kan (selalunya orang oversea)
Kali ini tergerak hati ku untuk membawa anda sejenak berfikir dan bukannya aku saja2 nak korang fikir la sendiri. Elok kita berfikir bersama.
Pagi tadi selepas aku semayang subuh (peh nampak sangat aku nie bukan jenis bangun lambat) tertibe tergerak hati aku untuk membuka tafsir Al-Quran yang di beri oleh si dia 4 tahun lepas (jangan tanya siapa dia--> karang larik topik pulak)Ianya membuatkan aku berfikir
Bagaimana pula dengan pandangan anda yang terfikir mengenai perkara ini? Kalau boleh kita share di sini.
- Berapa ramaikah yang masih membaca Al-Quran?
- Masih adakah yang mengamal surah2 atau ayat2 di dalamnya
- Ada x mereka yang meluangkan masa selepas Subuh membacanya
- Adakah terjemahannya masih dihayati
- Masih adakah yang berterusan mengkhatamkan
- Adakah Al-Quran sekadar hiasan di dalam rumahnya
Banyak lagi persoalan yang timbul dalam fikiran ku. Cuma ini yang dapat ku luahkan di teratak usang ini.
Aku bukannya baik dan bukannya alim. Cuma tidak mahu diriku tersesat jauh. Masih mencari tapak demi tapak memperbaiki diri.
P/s-
Aku mula khatam kali pertama semasa berada di darjah 5, kali ke-2 semasa tingkatan 2, kemudian baca2 tapi xkhatam2 huhu
Aku berlajar mengaji dari secara asas semasa berumur 5 tahun oleh Wak Haji (aku xtau nama dia) dan aku masih belum ketahui masih hidup atau tidak beliau. Tetapi aku ada berjumpa dengannya beberapa tahun lepas.
Kemudian di ajar oleh kedua ibubapa ku. Dan dimahirkan di sekolah rendah agama Sg Selisik, Selangor.
Di panggil mengambil ujian ke masukan ke SMA Izuddin Syah Ipoh. Tetapi aku xpergi
Mendapat tawaran sambung berlajar di Salah sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kubu Bharu dan Slim River (sekolah adik aku) --. aku tak pergi
Akhirnya aku memilih SMKA tetapi bukan sekolah agama ( SMK Anderson, Ipoh)
[+/-] |
Tidur Memeta Je Ko Ek |
Salam buat semua
Sekadar enty untuk menghilangakn bosan di pagi Rabu (Ops Terengganu cuti ek- Happy Holiday la ek)
Sepanjang minggu nie tidur ku terlebih lena dek kala hujan turun mencurah2 membasahi bumi Allah swt. Peh sejuk kemain (xnikmat pulak if xtarik selimut or xpeluk bantal)
Ops peluk2 bantal pun peluk la. Jangan korang wat peta takut tersesat time tidur.
Dah lame sebenarnye aku nk wat entry nie. Tetapi tiada waktu yang sesuai. So hari nie aku nk bukak ceriat untuk pengetahuan korang la kan. Mungkin pe yang aku cakap nie fakta or mungkin outa
Aku selalu perli orang yang baru bangun tido.. Selalunya kalau aku outstation beramai atau g camping. Biasanya aku akan ckp "eh pe tue" (sambil aku menunjuk jari ku ke bibir ku) Peh siap lap lg dorg tue. Bila tahu dorang terkena sure dorg akan kejar akuAku sendiri tido rajin wat peta. Tapi bukan kat bantal ek (bantal dalam gmbr tue aku grap dari internet dan bukan bantal aku ek) selalu aku sental kat baju je. Tau2 je baju yang berbau.. (Hope Syazrea tolong basuhkan ek <-- Bibik aku)
Korang tahu x, Manusia selalu tersesat di dalam mimpi. Besa la, selalu kne kejar hantu. Tapi zaman sekarng ade ke hantu?? Along banyak la (mimpi kne kejar along) So untuk mengelakkan sesat atau kembali ke pangkal jalan. Elok celik2 mate je dah nmpk peta. Besa la peta yang dibuat sendiri atas bantal.
Merapu je kerje aku ek
Manusia awal2 dulu mendapat ilham mencipta peta atau merangka peta perang dari ilham yang mereka perolehi semasa bangun subuh (citt cam la dorg semayang) celik mate je dah nampk peta kat bantal.
Orang yang rajin memeta nie sepatutnya mmg excellent dalam geography. Tapi kekadang ade juga yang selalu fail sebab tiap2 hari dok tukar2 peta (dok wat peta bertindih atas bantal busuk dorang la)
Penguna GPS kekadang boleh sesat sekiranya GPS dorang pun bawak tido (kan dah melekat air liur basi tue) Rosak system dalam tue
Just nk share la kan.. Adik aku Ajwin suke wat peta (aku teka je) tapi die ngaku pulak he..23x die cakap wangi je..mane de busuk. Maaf aku xcium bantal ucuk die. Xsanggup aku.
[+/-] |
Gambar Bro Framestone Yang X Hensem |
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Thank buat rakan2 blogger yang sudi memberi semangat kepada ku di entry My Project Paper for International Conference. Diharapkan ianya success la ek.
Based dari entry sebelum ini. Punye banyak yang aku sebut.. Semua dok cakap perkataan hensem je. Cuma ada la sorang cakap perkataan macho.
Pe2 pun tue cuma gambar tahaun 2007, So kali ini aku nak tunjukkan gambar terbaru aku tahun ini. (wow rasenye minggu ini minggu kumpul gambar aku kat blog nie)Gambar ini aku amik di pentas utama di sekolah SMK Anderson, Ipoh semasa program 100th Tahun Anderson. Harap gambar ini jelas la ek. Aku wat gambar ini jadi wallapaper komp kat office nie. (Janagn pulak korang mengatal nk wat jd wallapaper PC or laptop korang pulak)
P/s- Ada masa aku upload gambar len pula ek.
Ops sorry ternampak gigi arnab aku he..23x (aset aku tue bile trsenyum)
[+/-] |
My Project Paper for International Conference |
Salam buat semua,
Rasanya sudah lame aku x menempek muke aku kat blog nie. Mungkin ada yang tertnye2 aku nie hensem ke x?? macho ke x?? (perasan betul la).
Yang xtahan ade jugak yang tnye aku nie laki ke perempuan..Peh mengugat kejantanan tul la
Topik kali ini aku nk ceritakan mengenai thesis aka "project paper" aku untuk memastikan aku berjaya mengengam iajzah aku sebelum aku gerak ke master pulak (doa2kan la ek)
Ops mesti ade yang tertnye2 aku nie student lagi ke?? tapi kebanyakan entry menceritakan pasla kerje
Sonang cerita la kan, aku mmg seorang perkerja yang berdedikasi di salah sebuah IPTA seperti yang terpampang logonye kat sebelah blog aku. (ade nampak x?? kalau x, mesti korang dah xlame dah atau aku dah remove logo tue)
Dalam masa yang sama aku masih lagi berlajar di semester akhir (harap2nye la kan). Dalam jurusan pengurusan perniagaan major in Human Resourse (walaupun aku kerje more ke IT-- xkisah la..asalkan dapat rezeki yang halal)Last week aku jumpe supervisor aku aka lecture aku
Begitu la kisahnye
So dipendekan cerita project paper yang aku ingin wat mendapat kelulusan die. Tapi dengan syarat aku kne wat yang terbaik dan Insya'lah project paper ini akan di presentkan di International COnference bulan November tahun ini (Alhamdulillah)
Dan hasil dari project ini akan di nilai oleh cendiakawan2 seluruh dunia. dan mungkin dapat membantu permasalahan yang bakal berlaku di masa hadapan
Topik berkaitan dengan pekerja dan company dan ianya 100% dalam mengkaji cara terbaik untuk memastikan semua pihak bersedia dalam menghadapi meltdown (economy crisis) yang sentiasa berlaku dalam setiap dekad.
Di harap ianya dapat mengubah hala tuju dan menambah pilihan yang boleh dibuat sekiranya meltdown berlaku di masa hadapan.
Insya'lah thesis ini akan dijadikan journal dan tercetak nama aku di atasnya. Ianya'lah akan dimasukan ke dalam e-journal University aku untuk rujukan di masa hadapan dan untuk pengkaji2 dari university len di seluruh dunia
-amin-
Ops mengenai gambar di atas pula. Gambar tue di ambil semasa aku memberi speech pada tahun 2008 di PWTC time conference.