Onwer Blog ini Telah berpindah ke
www.broframestone.com

Harap Maklum
(Blog BeliBuy masih aktif, sudi2kan menjadi follower blog ini untuk mendapat update terbaru)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Pesanan Buat Blogger Wanita


Pesanan buat blogger Wanita dari aku seorang sahabat maya. Pesanan aku ringkas cukup sekadar untuk anda renungkan.

Tidak luak dari berita2 sensasi di dada akhbar mengenai wanita @ gadis @ perempuan. Dan kebanyakan memberi khabar negetif berbanding positif. Walaupun ada kes yang melibatkan lelaki tetapi lelaki tetap tidak dianggap sebagai ikon utama untuk diperkatakan (mungkin strategy pemasaran berita-siapa tahu)

Bukan lelaki tidak diperkatakan cuma kurang ditekankan walaupun mereka membuat kesilapan yang serupa. Kenapa perkara seperti ini berlaku. Adakah hina sangat kaum hawa ini di mata masyarakat walaupun kebanyakan permasalahan dimulakan oleh kaum adam.

Entry kali ini, ingin aku sebagai sahabat maya dan bukannya sebagai blogger lelaki ingin memberi pesanan buat rakan blogger dari kaum hawa.

Pesanan ku ringkas untuk anda, Tidak perlu anda mengulanginya di blog

Jangan memburukan Teman Lelaki
Mereka bukannya insan lain. Walaupun anda menghina atau mencaci mereka. Mereka tetap pernah bertahta di hati anda. Anda seperti menghina atau mencaci diri anda sendiri. Dan tidak perlu anda meluahkan kebencian anda di laman blog anda. Cukup la sekadar memberi gambaran "ianya bukan si dia". Jangan sampai anda terjilat ludah sendiri (Aku memahami korang kekadang ada masa emo)

Jangan menceritakan keburukan rakan
Kenapa perlu memburukan orang lain (Lain la Bush atau Israel)Walaupun mereka memburukan kita, tidak perlu kita juga ingin memburukan mereka. Ini menunjukkan kita tiada bezanya dengan mereka. Kalau anda merasakan mereka hina, anda sendiri 2x ganda lagi hina dari mereka (memburukan orang + membalas balik). Bukan apa sebab wanita lagi kuat berdendam dan susah nak memaafi orang lain berbandaing lelaki.

Jangan menceritakan perkara peribadi anda
Tidak perlu anda menceritakan anda ponteng semayang ke bangun lambat ke segugut ke period ke atau apa2 yang berkaitan. Bukannya kami xnak tahu cuma akan membuat sesetangah lelaki memikirkan anda terlalu open sangat sehingga mereka boleh mengambil kesempatan keatas anda. (Lelaki tidak mudah putus dengan godaan dan rayuan dan Wanita mudah tewas pada pujuk rayu Lelaki)

Jangan menunjuk gambar terlampau
Istilah terlampau terlalu universal. Cukup la sekadar 'anda faham2 sendiri" tidak perlu menunjuk bentuk badan yang keterlaluan. Blog untuk tujuan berkongsi cerita kepada pembaca. Jika tidak baik Privatekan je. Tahulah body anda menarik. Tetapi jangan jadikan ianya medium untuk menarik orang datang ke blog anda. Cukup la sekadar buh kat Myspace je.

Jangan memburukan keluarga kamu
Permasalahan keluarga jangan dijaja di blog. Jangan sesekali menconteng arang di muka ahli keluarga mu. Mana la tahu akan datang salah seorang ahli keluarga kamu mungkin menjadi tauladan dan role model dalam masyarakat. Sekurang2nya kisah silam tidak dijadikan medium untuk memburukan mereka nanti. Jika ada perkara yang ingin dikongsikan cukup sekadar menceritakan pada mereka yang anda percaya. (Wanita lagi suka berkongsi masalah berbanding lelaki)

Jangan memperbodohkan diri sendiri
Kata Nabil "Lu Pikir La Sendiri" walaupun mungkin anda rasanya ianya betul. Belum tentu orang lain akan fikirkan begitu. Kekadang anda lagi kelihatan bodoh berbanding badut yang bersusah payanh membodohkan diri sendiri. Melainkan anda memang seorang yang pandai membodohkan diri sendiri seperti Mr Bean yang sememangnya lagi popular dari anda dan mempunya pencapaian akademi yang baik. (Ops untuk blogger lelaki pun sama)

Rasanya cukup ini pesanan dari aku buat blogger wanita. Jika ada salah dan silap harap dimaafkan. Saya bukan sempurna atau layak memberi nasihat. Cuma itu yang saya dapati dari pemerhatian saya sebagai sahabat anda di alam cyber ini.

Tips ini datang dari research yang saya buat dan saya mempunyai hak keatasnya. Jika anda berminat anda boleh hebahkan kepada semua blogger (dengan syarat sertakan sekali link ke entry ini) Saya seorang masih tidak mampu mengenali semua blogger yang anda.

Salam buat semua..!!

41 Jejak Perantau Maya:

Cikgu Ije said...

thx.. ehe

Bro Framestone said...

same2 huhu.. eh pendek je die komen huhuhu

Along Arman said...

hui.. napa dituju kepada bloggers wanita jer? bloggers lelaki pun ada yg camtuh.. bahasa pun nauzubillah.. patutnya di tuju kepada semua bloggers...

Bro Framestone said...

ini entry khas untuk blogger wanita..untuk dorg nenanti la.. harap sabar..besa la taip time blur2

mademoiselle azieshakespeare said...

waaah good info

Bro Framestone said...

same2..info besa2 je dari pemerhatian kita.. cuma xnk melihat kaum hawa memburukan diri sendiri..

su said...

betul tuh..hihi...tq

sharamli said...

"Bukan apa sebab wanita lagi kuat berdendam dan susah nak memaafi orang lain berbandaing lelaki."

laki p0n sama...eg0.........

Belog Cik Peanut said...

peanut setuju dengan along...
patutnya di tujukan kepada kedua2 gender...mane leh dikriminasi..
peanut bukan nak mengata ade gak blogger lelaki tut yang kutuk bukan main ex dia..tapi stil cakap sayang2x..entah..memang betul..menda cam gitu lah yang leh buat peanut malas nak masuk blog cam gitu...

err, overall, thankz bro mengingtkan..err, betul gak entry ni ditujukan kepeda wanita...wanita kan insan yang lemah yang perlu perlindungan kekadang...

erm, jangan silap paham dengan kumen peanut ni ye..peanut cuma meluahkan..tapi tak marah dan emo..hehhehe..kalu peanut ade tertulis cam gitu di blog peanut..sila tegur tau...sebab kekdang peanut sendiri tak tahu dan tak sedar kesilapan yang peanut wat ni..

anyway, thankz untuk entry berguna ni ye...insyaAllah, peanut akan sedaya upaya untuk tidak melakukan seperti mana yang di atas...(*-*)

Lina Chan said...

thanx bro for the info.. sy suka kalu kita saling nasihat menasihati..

part memburukkan teman lelaki napa di'main'kan sebagai yg utama? wow~

:)

en_me said...

ingatkan ringkaas menderr.. fanjang gakkks celoteh ko tewww.. ehehe

khasyikelvin_ said...

hurm,
apa yang baik kita ambil
untuk renungan dan ingatan bersama.
kan, pokcik framestone?


p/s:yay! cik atie udah pulang!

pinat said...

huu...thanx eh..
syg jgk ankel kt blogger wanita nih..
huhuh:p

Tie said...

Kak tie pernah baca ni...tapi di mana, eh....

SyazReA said...

uit, tersedar daku dr lamunan.. ahakz..
thanx bro coz sudi igtkn... =)

Anonymous said...

salam...
saya tidak setuju...ade jugak blog lelaki yg suke kutuk2.citer pasal org,awek,family dan sebagainye.itu dikira ape ye?pandang sebelah mate je ke?ke tak pandang pon?maksud saye jangan ade diskriminasi ye.hati wanita kene jage juga.agak2 kalo ade entry khas untuk blogger lelaki bagaimane pula?kalo anda sebagai lelaki terima saya akan trima juga.tapi kata org elakkan daripada buat kerja berkali2.makanye,tajuk entry yg sesuai pada kali ini adalah"ingatan untuk para blogger" dan sebagainye.ini cadangan je...walaupon ape yg anda perkatakan itu adalah benar.mane ade perkara yg elok bila mengata dan memburukkan org laen bukan?wsalam

Khaizarien said...

hurmmm nape ek mr framestone tulis gini???

bukn nk ckp pe...
blog d buat sbnarnyee tuk mennulis ape sje yg kite nk tulis....
terpulang pd tuan punye blog la nk tulis cam ne kan....

kalo dh xsuke o terase xpyh la bce...
senang cite...

xperlu letak rules n regulation kat blog org len....wat kt blog sendiri sudah....

die tuan punye blog...so die ade hak nk tulis ape sje kat blog die..kite sbg pembaca kalo xsuke stop bace n blah je...kalo rase nk komen, komen la...xperlu nk pertikaikan....hak die....

huhuhu
atie x marah sape2 n xsebelah sape2...tp pasti tuan punye blog tu ade sbb nak tulis g2..mungkin blog tuh tmph luahan rase die..n die x pakse pun sape2 bace entry die..tul x????


=p

Bro Framestone said...

he..23x thank buat semua yang mengomen entry ini..sebenarnye bukan nk dekriminasikan gender.cuma nk menjaga korang..mungkin anda terlepas pandang apa yang ingin saya maksudkan di permulaan...

dalam byk2 perkara buruk..cuma kesalahan wanita lebih dipandang berbanding lelaki.. itu adalah permainan phycology.. harap anda memahaminya sebelum menyalahi pesanan yang ingin saya sampaikan.. fikir2kan dan selamat beramal

~cWa~ said...

salam...
sy rs ada benarnya juga n3 ni...peringatan untuk wanita khususnya dan am kepada lelaki juga...
wlpn masing2 nyer blog n bley ikut suka ati je nk tulis ape..tp kt kene ingat, ntah sape yg bc...so, yg plg ptg elakkan cter ttg bnd2 pribadi...
thanks to cik framestone...pringatan untuk sy juga...

Bro Framestone said...

su--> sy cuma meluahkan dari pemerhatian dan kajian saya sahaja

sharamli--> masing2 ade kelemahan..cuma ramai yang mencari kelemahan perempuan berbanding lelaki..(sebab ape?? tue la permainan psychology )

peanut--> bro fhm ape yg peanut nk sampaikan.. bro tegur pun sebab xnk bnde ini yang akan menjatuhkan anda dikemudian hari..tue saje

lina chan--> sebab kebanyakn kajian bro byk menjerumus ke part itu.. kekdg bf di puji lepas tue di kutuk2.. lepas tue puji balik.. pe nie kan..

bro_me--> alamak terpanjang la pulak.. besa la kan.. ayat starting mesti mengancam baru xde org set dalam minda yang entry ini panjang sgt...bukan ramai yg suke mebaca entry yang panjang berjela tanpa isi..betul x bro..semua permainan psychology

ah lian--> suke ek cik atie dah pulang.. jom kite renung2kan dan beramal

pinat--> uncle mmg sayang kat semua.. all the world are loving kecuali budh and israel

kak tie--> mungkin kak tie pernah membacanya..yg pasti semuanya dari apa yang saya perhatikan untuk kebaikan blogger wanita

syazrea--> same2... jangan melamun pepanjang... ingatkan bro buat semua.. sekurang2nye kaum wanita tidak diperlekehkan..

Bro Framestone said...

cwa--> just berkongsi sesuatu yang benar.. skarang blog sudah dipolitikan... mana tahu akan datang isi didalam blog pula dipolitikan..

Sis Lin said...

Tak kira lelaki ke pompuan..pokok pangkal,bila nk bt sesuatu,tepuk dada tanye selera..sendri mau ingt...

Bro Framestone said...

betul tue kak.. sebab tue kite ken saling ingat mengingati

Unknown said...

Bro,

thnks jer laa!! tapikan..
semua orang lah bagus..
orang laki tak ada ker??
rasa-rasa sma jer kot..
ntah la..
ape2 pon,
thnks mengingatkan kpd kaum mcm uu..

Bro Framestone said...

kaum laki pun ade same..cuma ygbro nk tekankan org jarag pandang hal laki berbanding hal pompuan

Bro Framestone said...

Kak ida--> xpe keluar topik pun...yup betul tue..kalau perfect mmg sesuatu yg membosankan..life berumah tangga biar la mencabar..kalau bukan dari pasangan..dari anak2 pun jd la

farah, s. said...

thanks utk nasihat ni.
walaupun sy belum penah buat lg mende2 tu.hehe

TeacherNunu said...

berfikir dengan tulisann awak..ada betul...ermmm baru ku terfikir...betul betul betul(kata2 udin dan ipin)

Dba Ghani said...

hrmmm..entah la....no komen..
tapi kadang2 perkara yg papa tulis tu adalah tujuan utk meminta pandangan rakan2.kerana di alam syber ni,berbgi usia yg melayari..
mungkin mereka yg berpengalamn bleh beri nasihat..

kalu pasl cinta la terutamya..
tapi psl period n bla.bla tu,x perlu la..hehe.
sebab dba pun x penah cte pon..

psl yg family ni pulak x stuju sgt.
kdng2 kita bukan kutuk,
cuma kita x smpai hati nk guriskan
hati org tua secara depan2.
sekurangnya jika family bangkang kita,
ada jug org yg sudi terima maslah ketidak puasan kita sendiri...

kadang2,bukan semua keluarga yg paham mksd niat kita..
hmm..
apa2 je la..
penin dah nii..

psl kwn tu pulak kan..
ia memberitahu agr hati2 pilih kwn..
adakalanya kita leka dlm pilih kwn,....hingga timbulkan isu dimana yg mengguriskan hati kita..
mcm sama td,kadang2 perckpn kita x terluah kerana perkara yg perlu difikirkan..
jika menulis di blog,skurangya
die dpt tahu hati kita yg meradang..hehee

Lina Chan said...

bro~

kawan tmpt keje sypun ada tanya, napa kalu ppuan buat silap, but at last laki yg dipersalahkan?? sypun pelik gak.. maybe ego kot.. ye tak?

Bro Framestone said...

farah--> sekdar pesanan.. mne la tau kot2 terjadi ke nnt...leh bersedia awal

cikgu Nunu--> lame xberfikir ek?? kalau upin ipin mne fikir lame2 terus die cakp betul3 he..23x

dba--> maksud papa untuk keselamatan.. belum tentu ramai yg berniat baik dalam alam syber nie.. lebih baik mencergah dari membaiki..

lina chan--> entah la.. laki xkisah pun dipersalahkan..sebab dorg xamik kisah sgt..2-3 hari sure dah lupe dah..kalu pompuan ..20-30 thun nnt pun xkan lupe silap tue

unaOoOuna said...

sokong neh

Jangan menceritakan perkara peribadi anda
Tidak perlu anda menceritakan anda ponteng semayang ke bangun lambat ke segugut ke period ke atau apa2 yang berkaitan. Bukannya kami xnak tahu cuma akan membuat sesetangah lelaki memikirkan anda terlalu open sangat sehingga mereka boleh mengambil kesempatan keatas anda. (Lelaki tidak mudah putus dengan godaan dan rayuan dan Wanita mudah tewas pada pujuk rayu Lelaki)

sokong gak y sal fmly 2
hee bro una ade neh cuma emosi xbp nk stabil sejak 2 mnjak neh
adehh. bro sht ? :D

IamYonna said...

yonna sgt2 setuju dengan semua2 point!! hahaha..
yg paling kerap bloggers buat, menceritakan keburukan kawan sendiri. kutuk kawan sndri haha.
yonna sendiri penah buat cmtu.
but skang ni rasanya dah takde. tp mmg ada kutuk la some of commentator yg mulut mcm longkang tu kan :p

thnx for the info ya bro :)

Naz said...

segelintir dr mereka x sedar bukan semua org di internet baik2 belaka.

Anonymous said...

salam ziarah dari cerita mungkar

Bro Framestone said...

una--> dtg blog bro untuk menyokong ek huhuhu... ok una take your time.. kawal emosi tue ek.. jgn xdtg blog bro udah la ek

yonna--> sape yg mulut cam longkang tue yonna... same2 yonna.. susah nk nmpk yonna dtg sinie

Naz--> yup..ade yg menyamar..ade yg mencari kesempatan..ade yg menyebar2kan fitnah.. dah name pun dunia xde sempadan

nama yang panajng gile--> salam ziarah juga buat kamu

Dba Ghani said...

yup...tapi kadang2,kena berhati2 gak...sebab x tau hati org an.hehehe
tapi,papa baik kan?? bukan yg mcm len???

Bro Framestone said...

mne tau papa baik..meh sinie papa babap kamu...

Ir. hydir said...

huhu... kalau boleh dlm myspace, facebook or any social related site jgn buh gambar terlampau tu...

first thing first .. apsal nak ambik gamapr seksi-meksi..
simpan jer aset tu untuk yg berhak aja... kt tunang pon x bleh tau!

[Perempuan bukan dijadikan dari bhgn kepala untuk dijunjungi, bukan dijadikan drp bhgn kaki untuk dipijaki ttp dijadikan drp tulang rusuk yg dekat dgn hati untuk dilindungi dan disayangi... :) ]


kbsoccernet.com

Bro Framestone said...

thank bro.. teu la dorg suke tunjuk2 kan..bile tersebar kat internet mule la nk private la.. nk delate frndster la...

belog said...

sila baca belog saya:)
saja wa mahu tahu adakah penulisan wa dikategorikan sbg memburukkan beliau?
kadangkadang wa terlepas pandang
jadi wa mahu minta pendapat:)
jujur yea:)
komenlah di entry mana pon..
nanti wa senang wa balas..
sila baca yea:)
ade yg kata mereka faham ape wa rasa
tapi ade yg kata wa mengaibkan dia
jadi wa mahu minta pendapat bro:)
silakan:)
dari cik lala yg sgt menawan tapi x bape nk laku.hahahahhha

Post a Comment

Followers

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top