Akhirnya Business Plan aku success juga. Tidak rugi aku pulang beraya lambat (ala sama je dgn tahun2 sebelum nie). Sampai termimpi2 juga aku memikirkan mengenai benda ini. Pagi tadi aku selamat presentkan benda nie.
Lecture aku mengatakan ianya is best of the best of business plan. Lagi satu baru beberapa buah negara start mengunakan plan yang hampir lebih kurang sama dgn business plan aku. If dapat di emplimentkan di Malaysia mmg merupakan satu kejayaan bagi seorg perintis perniagaan
Minggu2 terakhir bulan puasa ini mendapati ramai rakan2 blogger tidak hadir ke blog aku. Ini mungkin kerana mereka bz dalam menyediakan persiapan terakhir sebelum tibanya syawal.
Terima kasih juga kepada rakan2 yang sudi memberikan kad raya. Plan hari ini tidak lain dan tidak bukan mengemas barang2 ku (nak balik beraya). Insya'lah esok b4 subuhaku dah bergerak balik ke kampung halaman aku.
Hope kita akan berjumpa lagi selepas cuti raya nanti. Semoga ada cerita untuk kita berkongsikan bersama. Jangan lupa tangkap gambar berbanyak ek
p/s- Aku berdoa sesangat nie, ESOK RAYA -Amin- he...23x Baju raya dah ade dah (nnt ku tangkap gambarnya ek)
Entry yang agak menarik:-
Onwer Blog ini Telah berpindah ke
www.broframestone.com
Harap Maklum
(Blog BeliBuy masih aktif, sudi2kan menjadi follower blog ini untuk mendapat update terbaru)
[+/-] |
Business Plan (VG Sdn Bhd) |
[+/-] |
Kad Ucapan Ku (Raya 2008) |

Copy & Paste
Di sinie saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana mengepost kad raya pada saya terutama kepada..
Rakan2 blogger yang sentiasa mengingati saya dan sekeluarga





p/s- Kad akan ditambah dari masa ke semasa
[+/-] |
Baju Beraya Ku (Base on Truth Story) |
Sempena Hari Raya yang akan kunjung tiba tidak lama lagi, Izinkan saya mengucapkan
Jika ada salah dan tersilap tutur kata, harap dimaafkan (dah besa bersaura lantang). Jika ada termakan terminum tue, tak payah la kira and masuk buku 555. Cukup la sekadar halalkan n ajak makan lg selepas ini.
Berbalik pada tajuk kita hari ini, mengenai Baju Raya. Rasanya rakan2 blogger yang lain dah bersaip sedia dengan baju raya masing2. Kalau bukan berhelai2, sehelai pun jadi la kan (dari tiada).
Sepanjang minggu ini aku tercari2 baju raya aku. Tetapi tidak berjumpa sehingga akhirnya...
Aku terfrust memikirkan raya udah nak dekat nie. Rasa tertekan pun ada. Gamaknya raya tahun nie aku tidak tahu nak pakai apa. Klu ikut cadangan Fysal dan Kak Ratu. "Kamu pakai la baju raya tahun lepas"
Masalahnya, baju yang ada semua sudah senteng. Memang tahap wajib beli dah. Selasa lepas g ke Jalan TAR. walaupun masa tue hampir pukul 9 malam. Masih ramai lagi yang ada disitu berpusu2 mencari baju raya masing2. Dalam sesak2 tue, ada jugak terambil kesempatan (tak sengaja la doh). Dengan anak buah merengek2 last tertido dalam dakapan ku. Nak dekat kul 1pagi baru balik. Tapi balik tangan kosong je la
Semalam g gaint atas nasihat fysal (dia kata murah barang kat gaint) Memang la murah. Tetapi malam tadi aku bergaduh plk dengan tersayang pasl baju raya. Sampai nk mintak putus la, itu la, ini la..Orang dah la runsing dengan masalah baju raya kite, die plk tambahkan lagi masalah. Rasanya tahun nie xturun Ipoh raya kat belah sana la.
Dalam tercari2 sepanjang minggu ini, ada jugak yang berkenan di hati ku, Sepasang baju melayu berwarne hijau tetapi harga die lebih RM210. Mana aku nk cekau duit byk tue.
Kalau ikutkan cerita sebenar, kita mmg nak bergaya sakan tahun nie. So awal2 dah beli kain untuk baju melayu. Time tue awal bulan 7 kot klu xsalah. Last2 tak hantar2 kat kedai. Ingatkan member reti a jahit baju melayu (rupanya x, erm alahai) Nasib badan.p/s- Malam ini ada Dinner untuk College Ambassador for Peace. Hope xde la sapa2 mintak aku berucap.
[+/-] |
SMK Anderson di hati ku |
Di sini bermula segalanya. Ia meruba hidupku dari insan yang kedil kepada insan yang merasa kekedilannya di muka bumi Allah SWT.
Ia menjadikan aku ceria dari seorang yang penyenyap. Ia menjadikan aku seorang yang berani berkata dari seorang yang pemalu. Ia menjadikan aku seorang yang berimpian dari seorang yang tiada pendirian. Ia menjadikan aku seorang sentiasa mengejar kejayaan dari seorang yang sentiasa menyerah kalah. Ia membuat aku di hormati dari seorang yang di pandang rendah martabatnya
Ini lah sekolah ku, SMK Anderson Ipoh. 7 tahun tetap bersama mu. Insya'lah tahun depan genap 100 tahun umur mu. Harap aku dapat berdiri megah menyanyikan lagu mu pada waktu itu
Nie nak kongsi pengalaman ku di sekolah dulu
Pencapaian Ku di sekolah

- PMR, SPM & STPM
- Pengawas Sekolah (Ketua Pengarah)
- Pengawas Asrama
- President Persatuan Agama Islam dan Dakwah, President Pertubuhan Seni Silat Gayung, President Boling Padang
- Jurulatih Silat dan Boling Padang
Pencapaian Sukan ku
- Memanah (Negeri)
- Boling Padang (Negeri)
- Silat (Negeri)
- Olahraga (Sekolah)
Subjek kesukaan
- Pure Math (Form 6)
- Add Math
- Chemistry
Subjek yang aku tidak suka
- Sejarah
- Biology
Tabiat buruk ku semasa sekolah:-
- Kehadiranku ke sekolah amat menduka citakan. Sehingga aktiviti kokurikulum aku terpaksa digantung. Tapi kejab je. Coz sekolah dah xde wakil nk hantar untuk dpatkan pingat.
- Jarang ada kat asrama. Coz lepak kat MSN je (sian kat budak aspuri yang tidak dapat mengenali aku)
- Bangun kul 4 pagi g mandi (ade budak junior tue terkejut, ingatkan aku nie hantu)
- Kalau makan kat dewan makan, mata sure ke aspuri (nk tgk ade x yg berkenan di hati)
- Tiap2 hari upah org suruh die basuhkan baju
- Time lapo g fly kedai mamak..
- Waktu free aku melekat dkt tepon call sesape yang aku rase nk kacau
[+/-] |
1 Message Received |
Hari aku terganggu atas penerimaan sms di handphone buruk ku (walaupun buruk, die jugak yang menyara hidup aku n bisnes aku).
Walaupun xde GPRS n MMS mahupun bluetooth or 3G ia masih lagi mampu memberi aku pendapatan. Cukup la sekadar SMS dan Call in-out.
Aku bukan nak sembang pasal business kat sinie. Just nak sembang pasal sms yang ku terima.....
Berbalik semula ke sms yang menganggu tumpuan ku pada asiggment and perlayaran blog aku. Alu ingatkan sms dari insan tersayang atau "duit coming" ke. Tetapi jangkaanaku meleset sama sekali
Waduh tolong la jangan spam handphone aku,
Dalam kesamaran spam yang aku terima, terselit satu sms yang berbunyi
"Berminat dgn rawatan facial, body treatment danrebonding di rumah. Sila hubungi sy Nadia untuk temujanji.tq"
Sapa pulak nadia nie. Pandai beno cari duit ek. Tetapi cara die mmg menarik. I like it
P/s- Teringin gak nk contact balik si Nadia nie, kot2 leh buat business sesame
[+/-] |
Kehidupan Ibarat Mathematic |
Ilham dari Laman AinsyaHidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.Amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat. Apabila anda mula menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagiaan tidak akan anda kecapi kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan berasa bahagia - Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj.
Jika ingin mencari kehidupan yang lebih bermakna di dunia dan juga di akhirat, perlajarilah ilmu matematik tulen tambahan di mana ianya lebih mendalam.
Jangan di"punca kuasa"kan amalan nescaya akan hilang keikhlasannya didalam perbuatan mu. Ini kerana anda mencari punca perbuatan mu.
Jangan di"kuasa"kan kejahatan atau dosa mu nescaya makin gelap hati mu dan kamu akan menyesal di kemudian hari.
Jangan "kamil" tanggungjawab mu nescaya tiada yang sedar kewujudan mu dalam masyarakat.
Jangan "perbezakan" taraf sesama islam nescaya runtuhnya keuntuhan umat.
Akhirnya kebarangkalian amalan mu akan diterima sekiranya perbuatan mu ikhlas kerana Allah SWT
p/s- Sekiranya anda memang tidak memahami nilai yang disampaikan oleh buku matematik, cukup la dengan anda mendalami ilmu Al-Quran. Semua ilmu bermula di sana.
[+/-] |
Anugerah WaKenaBeb |
Sambungan dari kisah Korang Tersangkut Dalam Lift
Begini suasana di tempat kejadian. Masa lebih kurang pukul 12.55 am setelah hampir sejam target kita terperangkap di dalam jerat yang tidak segaja dipasang. Kelihatan pihak Bomba dan Penyelamat sedang berbincang sesuatu dengan pihak maintenance dan pihak penyelengara lift apartment kami.


Di sebelah pihak lain berlaku babak ketawa sambil menangis. Takut pun ada, seronok pun ada. Entah pe yang seronoknya terperap berdua2an di dalam lift tue. Dorang ingat BeliBuy xde pasang cctv ke dalam lift tue.
Bila keadaan menjadi tidak terkawal Tok Dalang (iaitu BeliBuy sendiri) mula menghampiri target dan mula menenangkan mereka
“Korang cool kejab ek. Tapi dalam masa nie, aku nak bagitau nie. LU KENA BEB la oiiiii…!!!”
“Cit, WaKenaBeb la pulak”, respond dorang sambil terukir senyuman di bibir.
Sekalung penghargaan buat:-Tok Dalang dan Joy aka Zulkifli Nordin (wakil Media Prima)


Dan juga pihak berkuasa dan pihak persendirian yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.
p/s- Lepas ini kita tengok sapa pula yang terkena he…23x
[+/-] |
Korang Tersangkut Dalam Lift |
Malam ku terganggu oleh pangilanyang menyatakan salah sorg mbe perempuan tersangkut dalam lift bersama dengan budak rumah BeliBuy. Tanpa membuang masa BeliBuy terus menelefon insan malang tersebut
Aku :- Wei pe yang ko buat dgn Kurt dalam Lift tue ha. Sampai tersangkut dah tue
Die :- Aku xde wat pe2 nie. Tertiba je jd cam nie
Aku :- Ye la tue.. Awat aku terdengar ko cam merengek je tue (he..23x setanplk aku nie)
Die :- Woi..!! Aku xde wat pe2 la. Wei Syuk, tolong la beb
Aku :- Tolong pe?? Nak aku tolong pangilkan JAIS ke??
Die :- Hotak lu
Xtau pe cerita die skrg..nie tgh tgu news la nie
Dorang selamat dikeluarkan oleh pasukan Bomba & Penyelamat berserta Technician from Hi****i (orang punya lift) and Pangsapuri's Mantainance kul 1.10am selepas sejam lebih terkurung. Gambar nnt BeliBuy upload kat sini ek
Layan je entry nie ek:-
[+/-] |
Sg Gabai |
[+/-] |
GPS for co-Pilot |
Tadi BeliBuy outstation somewhere in Cheras Baru, just nak share the story what really happen time on da way balik
Lokasi :- Atas jalan
Kenderaan yang digunakan :- Van Universiti je
Mereka yang terlibat :- Mereka yang ada di dalam van
Suasana agak riuh rendah di dalam van. Biasa la just nak hiburkan hati setelah selesai program yang kami jalankan. Tertiba terkeluar satu suara yang mengegarkan suasana
Gantz :- Wei Fendy, kamu tue co-Pilot. Gi teman Abg Wan Drive tue
Aku :- Betul tue. Karang sesat pulak, Mau aku drop ko kat tepi jalan je. Ko jadi co-Pilot nie ade GPS x?
Fendy :- GPS tue ape
Aku :- Ala benda yang leh bagitau kite lokasi and arah yang leh kita gunakan. Ala cam dalam game Need for Speed Corbon tue (Game yang budak rumah aku tgh layan termasuk Gantz)
Gantz :- Wei aku ade GPRS. Leh guna x?
Aku :- Aku de SMS je, so wat senyap je la ek
Meh layan sama:-
[+/-] |
Mee Bandung ala Cekik Darah |
Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Sutina.
Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad
Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti.
Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!! Poskad itu berbunyi.
Layan juga entry ini:-
[+/-] |
Meh follow BeliBuy |
Perhatian sume..!!!
Sempena bulan Ramadhan yang pernuh berkat ini, BeliBuy teringin mengajak semua ikut BeliBuy
Kalau nak just klik je kat widget follower BeliBuy di sebelah kanan bawah. Bagi mereka yang tidak tau mana widget tue. Pekata korang cari ikut gambaran yang telah BeliBuy beri di sebelah.
Hope nampak la korang ek nanti
[+/-] |
Mas Oh Masalah |
Di satu petang yang agak damai di laluan berpusu2 di Bazar Ramadhan SS6/1 Kelana Jaya berlaku cerekarama di bawah.
Die :- Comey la budak yang aku jumpa dalam lift td
Aku :- Budak mana pulak nie
Die :- Ala.. Budak uamh atas yang putih2 tak pakai tudung tue
Aku :- Oh Mas ek, kenapa dengan die? Ko berkenan ke? Tapi die tue aku yang punya he...23x
Die :- Ko nie, sume awek mau kebas. Pas2 la kat memember nie.
Aku :- Besa la aku nie kan, sume aku kebas dulu. Pe kata kita buat pertukaran yang adil.
Die :- Pe dia?
Aku :- Cam nie la.. Ko bagi Mas kat aku, aku pulak bagi MASALAH kat ko pulak..Sure ko xkan bosan la dengan hidup nie he..23x
Die :- Baik ko bagi kau Mastura lag bagus (Mastura tue sape- kata aku dalam hati)
Perbualan tamat di sini. Bagi empunya badan tue, rajin2 la mengomen walaupun xde blog
Penulisan bermula disini
Penulisan yang rasanya perlu di baca bersama:-
- Tabiat berkaitan bulan dan duit
- Hidung Berdarah
- Perut Buncit Lelaki & Perempuan
- Beratur ( amalan atau peraturan )
- Sesi Psychotherapy Counseling
[+/-] |
BeliBuy Memanah |
BeliBuy memanah??
Memanah ape??
BeliBuy ingin memanah semula. Bukan memanah hati atau memanah orang.
Masa melihat pasukan memanah kita tewas semasa di Beijing menyebabkan BeliBuy teringat kenangan semasa berada dalam skuad memanah negeri. Teringat semasa training bersama Marbawi, Bear, Faizil, Mechine, Oya, Mas, Milah and sape2 nama yang BeliBuy terlupa.
Baru2 ini BeliBuy bermimpi mendapat offer untuk kembali berlatih bersama skuad. Alangkah bahagianya time tue.. Nak wat cam mana polisi University yang BeliBuy masuk tidak menyediakan peruntukan untuk atlet persendiri berlatih. Nak mintak dana dari MSN Perak sure tak dapat kalau tiada surat akuan bertanggungjawb dari universiti
Apa2 pun ianya tetap menjadi kenangan
Meh baca sama:-
[+/-] |
Restart |
Perhatian..!!
Cerita ini tiada kena mengena dengan gambar di sebelah.
Petang BeliBuy diganggu oleh satu msg di YM,
Tgu nak restart handphone kejab"
Selepas restart, BeliBuy terima satu sms berbunyi " you have a missed call(s) from 013222**** ( 5 , 9 , 2008 at 4.32 pm )
[+/-] |
Angel Online |
Game yang BeliBuy main sepanjang semester ini. Hope result exam BeliBuy ok la ek...Budak rumah BeliBuy dah stop main..Tapi BeliBuy sorang je yang terus main.. Ada x yang layan game nie. Kalau ada meh la share same
Meh komen entry BeliBuy yang lepas:-
[+/-] |
Nasi Oh Nasi Goreng |
Petang ku di gangu oleh satu sms yang ditunggu2 tetapi tidak diundang semasa aku menonton spongebob squarepant. Sms berbunyi begini:-
Lalu aku menjawab, masak je nasi goreng putih ( ala nasi putih yang digoreng dengan bawang je )
Rupanya hari ini dah masuk hari ke-3 kita berpuasa. Rasa seperti cepat masa berlalu. Ini bermakna sudah 3 hari aku berpuasa and turun ke bazar ramadhan sekadar membeli air. Rutin yang sama setiap tahun sepanjang 4 tahun aku menyewa di sini ( rasanya selagi tidak kahwin aku tetap dok kat sini )
So nak share dengan korang mengenai juadah berbuka aku sepanjang tempoh 3 hari ini:-
1st day- spaghetti berkuahkan sambal petai (sedap la plk)
2nd day- nasi putih berlaukan sambal petai n gulai tempoyak
3rd day - tgu la..ish korang nie
p/s- kawe makan still ingat dunia