Korang ingat blog korang tue popular sangat ke nak mintak aku jd follower korang.
Aku sendiri pun xpernah paksa2 orang jd follower aku. Kalau rasa cam menarik blog aku dan suka dengan cetusan minda aku nie, jadi je follower aku. If dah bosan nanti just remove je la.
Boleh dikatakan setiap masa minda aku bermain2 dengan cetusan yang aku rasa berbaloi untuk aku kongsikan atau ingin bincangkan diblog aku nie.
Ada bermacam cara untuk anda memfamouskan blog dan diri anda.
Ada bermacam cara untuk anda memfamouskan blog tetapi memalukan, menghina atau menjatuhkan martabat diri anda
Mana satu pilihan anda.Anda mesti tidak akan memilih sesuatu yang menegetifkan diri anda.
Disini aku ingin berkongsi beberapa tips yang nampak leceh tetapi selalu diabaikan oleh blogger yang ingin menjadi popular atau famous. (Bagi yang dah famous tue xpayah la ek)1- Feedback
Itu sahaja buat kali ini. Sebenarnya ada banyak lagi tips. Tapi nanti la ek. Itupun kalau ada permintaan
Sekurang2nya setiap pandangan atau luahan dari pembaca di blog anda perlu mendapat feedback dari anda. Sekurangnya pembaca blog anda terasa dihargai walupun cukup dengan ucapan "Terima Kasih"
Ada sesetengah blogger perihatin dengan perkara ini. Sehinggakan mereka memasang application pada ruangan komen di mana setiap komen yang mereka reply akan disampaikan ke email pembaca
2- Entry Menarik
Ramai blogger kurang membuat entry yang menarik minat pembaca blog anda. Mungkin sebelum ini ramai yang tertarik kerna gaya isi cetusan minda anda. Tetapi tidak mustahil ianya akan merundum dan pembaca setia anda akan mula melupakan entry menarik yang pernah anda buat di blog anda.
Hati manusia kan sentiasa berubah. Begitu juga dengan minat seseorang. Jika anda boleh mebuat entry yang sentiasa mempunyai kaitan dengan entry yang sebelumnya. Mungkin ianya dapat menarik pembaca entry sebelumnya untuk mengetahui perkembangan cerita yang ingin anda sampaikan.
3- Tidak terlalu peribadi
Blog anda tidak perlu terlalu peribadi jika ingin menjadi fomous. Kalau anda ingin menghasilkan entry yang bersifat peribadi. Anda digalakkan mem"private"kan blog anda. Jangan sampai hal2 peribadi anda boleh dijaja sampai memburukan diri anda. (Aku dah pernah jumpa kes seperti ini, kasihan blogger tue) Len la anda nie mmg orang popular nak cari publisiti.
Ingat juga, pembaca blog anda masih mempunyai perasaan. So jangan nak wat entry yang menyerang hak peribadi seseorang (mungkin mereka keluarga atau teman rapat si mangsa anda, siapa tahukan). Kalau nak maki hamun Bush ke Israel ke xpe la jugak. Dorang pun xingin nak baca blog BM.
4- Loading
Pastikan blog anda ringan dan tidak mengambil masa untuk diloading. Kekadang dah nak dekat 1minit xhabis loading. (Tak pasal2 pembaca xnak datang dah blog korang-menghabiskan karen je). Jangan la buh bnde2 yang menyakitkan pandangan. Menyusahkan orang nak baca blog anda je.
Pemilihan warna pun memain peranan. Jangan wat sekadar ikut taste warne kegemaran anda je. Kalau nk wat cam tue jugak, baik wat blog untuk tatapan anda je ek
5- Update
Bukan mengupdate entry. Cukup la sekadar memberitahu para pembaca anda mengenai status anda untuk akan datang. Adakah anda bercuti, diluar kawasan ke, agak bz ke ataupun menunggu masa yang sesuai untuk entry terbaru. Jangan sampai mereka tertanye2. Sekurang2nya mereka tahu kenapa blog anda tiada entry yang terbaru.
Blog Advertiser:-
| Moh Kita Berforum | Rahsia BlogStarz Terbongkar |||
Onwer Blog ini Telah berpindah ke
www.broframestone.com
Harap Maklum
(Blog BeliBuy masih aktif, sudi2kan menjadi follower blog ini untuk mendapat update terbaru)
| [+/-] |
Blog Korang Best Sangat Ke Ha..!! |
| [+/-] |
Pesal Xpakai Seat belt |
Salam semua..!!
Hari ini aku nak bukak topik perbincangan dengan semua blogger. Diharap anda memberi pendapat atau pandangan. Jika anda mempunyai apa2 pengalamn pun boleh dikongsikan bersama di sini.
Rasanya sudah hampir sebulan kerajaan menguatkuasakan undang2 baru iaitu memakai seat belt untuk penumpang belakang. Adakah anda rasa ianya berhasil atau sekadar melepas batuk di tempat duduk belakang.
Dan berbaloi x korang rasa kenderaan dari luar tidak dikenakan denda sedangkan kita pula diwajibkan.
Dekat Singapore kita perlu mengikut undang2 yang mereka tetapkan. X boleh buang sampah atau meludah merata2. tak mereka xleh nak ikut undang kita pula.Kata orang masuk kadang rimau mengaum, masuk kadang kambing mengembek, masuk kandang persalah jangan pulak wat muke xsalah (sape suruh xpakai seat belt)
Aku nie xde la skema sangat. Tapi ramai yang cakap aku nie skema bila memandu. Dok pakai seat belt even aku dok belakang (sayang nyawa beb) dan bawak dengan penuh sopan santun (xkan aku nk bawak anak orang cam pelesit kot.. Mati ape aku nk cakap kat mak bapak korang)
Sekadar update tambahan
- Cam hape je ending Puaka Niang Rapik malam td (wat rugi aku tgu depan tv je)
- Lepas kerje hari nie aku akan ke KL (esok kelas)
- repair laptop Atie (Bb and Along tengah rindu kat kamu)
- Moh le join forum MalayaOnline. Xrugi pun. Daftar dah boleh posting pe2 yang anda inginkan
Erm alahai